Siab bekerjasama dengan KPFB bangunkan 3 lot tanah di Gombak dengan GDV RM400 juta | DagangNews Skip to main content

Siab bekerjasama dengan KPFB bangunkan 3 lot tanah di Gombak dengan GDV RM400 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Mac - Siab Holdings Berhad hari ini mengumumkan anak syarikatnya, Siab Development Sdn. Bhd. akan menjalinkan kerjasama dengan Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad (KPFB) bagi membangunkan tiga lot tanah berkeluasan 32,248.3359 meter persegi di Gombak.

 

Siab dalam satu pemakluman kepada Bursa Malaysia berkata, pembangunan lot tanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM400 juta dan ia bergantung kepada kajian serta kelulusan pihak berkuasa.

 

Pengarah Urusan Siab, Ng Wai Ho berkata, pihaknya berbangga untuk mengumumkan perancangan dengan KPFB kerana projek itu adalah kersama pertama bersa mereka.

 

Beliau berkata, projek itu akan meningkatkan tempahan kumpulan yang kini berada pada RM545 juta sehingga Disember 2021.

 

"Kami berharap, projek ini akan membuka lebih banyak peluang jalinan kerjasama pada masa hadapan kerana KPFB memiliki di tanah di kedudukan strategik dan belum dibangunkan.

 

"Pemilihan kami adalah bukti kepercayaan mereka kepada kami terutama dalam menyiapkan projek bangunan tinggi.

 

"Bagi pembangunan masa hadapan, pasukan pengurusan dinamik kami akan memberi fokus untuk mendapatkan lebih banyak projek untuk menambah bilangan tempahan dan seterusnya memberikan nilai tambah terbaik kepada pemegang saham kami," katanya. - DagangNews.com