smart Malaysia terima 1,000 tempahan smart #1 selepas pelancaran | DagangNews Skip to main content

smart Malaysia terima 1,000 tempahan smart #1 selepas pelancaran

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 Dis - smart Malaysia mengumumkan pencapaian yang amat mengalakkan bagi smart #1, dengan tempahan yang mencecah 1,000 unit hanya dalam beberapa minggu selepas pelancarannya pada 21 November lepas.

 

Ketua pegawai eksekutifnya, Zhang Qiang berkata, kejayaan smart #1 tidak hanya mencerminkan kecemerlangan produk, tetapi juga dedikasi untuk menyediakan pengalaman pemilikan lancar dan menyeronokkan. 

 

"Perlindungan jaminan komprehensif, pakej percuma, dan tawaran pengecas rumah smartCharge adalah bukti komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan. 

 

"Penghantaran juga merupakan aspek penting, dan pasukan kami sedang berusaha gigih untuk memastikan kereta disampaikan kepada pelanggan kami yang dihargai tepat pada masanya," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Komitmen smart Malaysia terhadap pendekatan yang menempatkan pelanggan sebagai fokus utama diterjemahkan melalui aplikasi 'Hello smart' yang mesra pengguna. 

 

Aplikasi itu memperkemaskan pengalaman pemilikan dengan memberikan penyelesaian yang menyeluruh bagi pemilik smart #1, daripada tempahan kereta, pembayaran, sehingga memulakan proses pengecasan, dan memantau status pengecasan.

 

Bagi menyokong komitmen itu, terdapat 10 cawangan pengedar yang terletak secara strategik di 6 negeri di Malaysia. 

 

 

smart

 

 

Pengedar smart tidak hanya bertujuan untuk memudahkan proses pembelian, tetapi juga memastikan perkhidmatan pasca-pembelian terkemuka yang menawarkan bimbingan pakar kepada pelanggan.

 

Selain itu, smart #1 dilengkapkan dengan tawaran pakej jaminan yang lebih luas, termasuk Jaminan Bateri Bervoltan Tinggi selama 8 tahun atau 200,000 km, Jaminan Komponen Bervoltan Tinggi selama 8-tahun atau 150,000 km, Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan, dan Jaminan Alat Ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan. 

 

Pelanggan juga boleh mendapat manfaat daripada Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7. 

 

Bagi menetapkan suasana meriah di pasaran, smart #1 mempersembahkan 10 pilihan warna yang memukau, termasuk pilihan seperti Atom Grey – Matte (Bumbung Merah), Meta Black (Bumbung Merah), Digital White, dan Future Green. 

 

Pembeli boleh mendapatkan tawaran eksklusif, termasuk pakej aksesori percuma bernilai RM2,000, data internet percuma selama 5 tahun dengan jumlah 60GB, dan tawaran limited-time Pengecas AC smartCharge percuma bernilai RM3,200. Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 Disember ini. - DagangNews.com