Spritzer EcoPark dihias dengan barangan kitar semula sempena Tahun Baharu Cina | DagangNews Skip to main content

Spritzer EcoPark dihias dengan barangan kitar semula sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR 19 Jan - Ribuan botol Spritzer diberi nafas baharu sebagai perhiasan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di Spritzer EcoPark Taiping, Perak.

 

Selain botol minuman Spritzer, pelbagai barangan kitar semula turut digunakan dalam memeriahkan sambutan Tahun Harimau di taman berkenaan bermula 18 Januari hingga 18 Februari 2022.  

 

Pada masa sama, Spritzer memberi inspirasi kepada orang ramai agar mengitar semula sisa buangan seperti botol minuman yang boleh digunakan untuk kemudahan lain selain membantu memastikan kebersihan alam sekitar.

 

"Kemasukan ke Spritzer EcoPark adalah percuma dan pelawat boleh bergambar bersama botol-botol yang sudah diubah menjadi perhiasan perayaan sebagai kenangan.

 

"Selain itu, sebagai sebahagian daripada sambutan perayaan dan Hari Kekasih tahun pada bulan hadapan, tempahan dibuka kepada pengunjung untuk hadiah-hadiah yang direka khusus seperti jambak bunga dan kotak hadiah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Spritzer mengalu-alukan keadatangan orang ramai bersempena musim perayaan ini namun perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) termasuk penggunaan aplikasi MySejahtera dan mengamalkan penjarakan fizikal.

 

Selain itu, pengunjung diingatkan untuk memakai pelitup muka pada setiap masa dan mencuci tangan menggunakan cecair sanitasi yang disediakan di pelbagai lokasi di sekitar taman itu. - DagangNews.com