Spritzer - pemenang tunggal Anugerah Diamond Taste 2022 di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Spritzer - pemenang tunggal Anugerah Diamond Taste 2022 di Malaysia

Juri-juri International Taste Institute turut memberikan Spritzer Anugerah Superior Taste tiga bintang untuk kali ketujuh.

TAIPING 21 Julai – Air Mineral Semula Jadi kaya dengan Silika Spritzer meraih Anugerah Superior Taste 2022 tiga bintang anjuran Internasional Taste Institute, berpangkalan di Brussel.

 

International Taste Institute merupakan organisasi terdiri daripada chef dan sommelier ditubuhkan pada tahun 2005 khusus bagi membantu syarikat makanan dan minuman (F&B) untuk menambah baik kualiti produk mereka menerusi Anugerah Superior Taste tahunan.

 

Untuk diberi penarafan tiga bintang, produk-produk itu mesti mencapai keseluruhan markah melebihi 90% dan dianggap produk luar biasa oleh 200 anggota juri yang terpilih dari 20 negara berdasarkan pengalaman mereka di dalam bidang ujian rasa.

 

Ini merupakan kali ketujuh dalam tempoh 10 tahun bagi Air Mineral Semula Jadi Spritzer, yang disumberkan dari akuifer di kawasan tanah tropika yang dilindungi, diberi penarafan tiga bintang yang melayakkannya untuk menerima Anugerah Diamond Taste.

 

Air Mineral Semula Jadi Spritzer yang kaya dengan silika juga antara hanya 18 produk daripada 2,350 produk F&B tahun ini yang menerima Anugerah Diamond Taste oleh panel profesional pakar ujian rasa.

 

"Syarikat ingin merakamkan penghargaan kepada para pengguna atas sokongan dan kesetiaan mereka bertahun-tahun lamanya ketika Spritzer berusaha mengekalkan kualiti air mineral semula jadinya.

 

"Spritzer berjanji bahawa ia akan terus menyumbang kepada masyarakat menerusi pelbagai inisiatif dari segi bantuan semasa bencana berlaku sehinggalah program-program kitar semula untuk mencapai masa depan yang lestari," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

 

Spritzer baru-baru ini melancarkan botol ikonik baharu dengan pembungkusan reka bentuk bergaya dan berketrampilan ini boleh dikitar semula sepenuhnya dan ia juga diperbuat daripada bahan kitar semula. 

 

Baru-baru ini, Spritzer juga memenangi anugerah platinum Reader's Digest Trusted Brands 2022 selama 21 tahun berturut-turut. - DagangNews.com