Spritzer sumbang air mineral bernilai lebih RM50,000 kepada mangsa banjir | DagangNews Skip to main content

Spritzer sumbang air mineral bernilai lebih RM50,000 kepada mangsa banjir

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 21 Dis - Spritzer menyumbangkan air mineral bernilai lebih RM50,000 kepada mangsa dan pasukan keselamatan yang bertugas di kawasan yang terjejas akibat banjir.

 

Bantuan itu membolehkan mangsa mendapatkan bekalan air bersih selain kekal terhidrat sepanjang masa.

 

Spritzer mengambil perhatian terhadap bencana yang berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 72 jam lalu dan bersedia memberikan bantuan kepada mereka yang terkesan.

 

"Dilaporkan lebih 22,000 individu terpaksa keluar dari kediaman masing-masing akibat bencana banjir terus yang berpunca daripada hujan lebat selama beberapa hari.

 

"Sebagai bantuan kecemasan, kami menyalurkan sumbangan air mineral kepada mangsa terlibat menerusi bantuan Jabatan Pertahanan Awam dan Persatuan Bulan Sabit Merah di pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Spritzer juga menggesa orang ramai agar berhati-hati dengan air yang tercemar akibat banjir. 

 

Mereka juga disarakan untuk memasak air daripada paip sebelum diminum, memasak dan memberus gigi. - DagangNews.com