Sukuk Lestari AS$1 bilion bakal dilancar | DagangNews Skip to main content

Sukuk Lestari AS$1 bilion bakal dilancar

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 17 Mac - Kerajaan akan melancarkan Sukuk Lestari berjumlah tidak kurang daripada AS$1 bilion bagi menyokong matlamat negara untuk menjadi hab kewangan lestari.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasil daripada sukuk berkenaan bertujuan membiayai program dan projek yang mempunyai elemen kelestarian di samping menangani kesan sosio-ekonomi akibat wabak COVID-19.

 

Perkara itu dinyatakan dalam inisiatif ke-14 Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

 

Baca : PM umum 20 inisiatif di bawah Pemerkasa bernilai RM20 bilion

 

Inisiatif berkenaan memfokuskan kepada usaha menggalakkan pembiayaan mampan.

 

Dalam inisiatif sama, beliau menambah, program Pemerkasa akan menyokong agenda kelestarian negara, terutamanya ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang 2030.

 

Katanya lagi, kerajaan bersama PBB Malaysia akan menubuhkan Dana Amanah MySDG sebagai platform yang membolehkan pembiayaan dari pelbagai sumber untuk membiayai projek yang menepati kriteria SDG. - DagangNews.com