TA Securities menilai Steel Hawk yang bakal dipindahkan penyenaraian ke Pasaran ACE pada 21 sen | DagangNews Skip to main content

TA Securities menilai Steel Hawk yang bakal dipindahkan penyenaraian ke Pasaran ACE pada 21 sen

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Ogos - TA Securities memberi harga sasaran sebanyak 21 sen terhadap Steel Hawk Bhd yang akan dpindahkan penyenaraian ke Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Saranan itu adalah berdasarkan nisbah harga kepada pendapatan (PER) sebanyak 10 kali ganda daripada pendapatan sesahamnya (EPS) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

 

"Oleh itu, kami mengaitkan sasaran P/E sebanyak 12.1 kali ganda kepada EPS FY25, menghasilkan nilai saksama 21 sen, yang sejajar dengan rakan setara yang disenaraikan di Malaysia.

 

“Kami percaya PE itu adalah adil dan wajar, memandangkan pertumbuhan pendapatan sesaham (EPS) yang ketara dijangka dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Steel Hawk sasar kumpul RM13.5 juta daripada pemindahan penyenaraian ke Pasaran ACE

 

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu bersedia untuk mengembangkan keupayaan fabrikasinya dengan membina Fasiliti Teluk Kalung 2, yang akan meningkatkan kapasiti mereka dengan ketara daripada 13 tan metrik kepada 65 tan metrik sebulan.

 

Katanya, kemudahan baharu itu membolehkan kumpulan mengendalikan kerja keluli yang lebih dan menjalankan pelbagai aktiviti dan mengecat dalaman, mengurangkan pergantungan kepada subkontraktor pihak ketiga.

 

"Kumpulan itu juga bercadang untuk mempelbagaikan perkhidmatan EPCC kepada sektor tenaga boleh diperbaharui (RE), memfokuskan kepada tenaga solar dan hidroelektrik.

 

"Bagi tenaga suria, Steel Hawk Berhad akan menawarkan perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan untuk panel solar, kabel kuasa, tiang, dan kemudahan interkoneksi grid.

 

"Dalam sektor hidroelektrik, kumpulan akan menyediakan perkhidmatan EPCC untuk pemasangan dan pentauliahan peralatan seperti turbin serta penyelenggaraan berterusan," katanya.- DagangNews.com