TA Securities semak turun unjuran pendapatan Poh Huat sebanyak 21.9% bagi FY24 kesan penggunaan kilang rendah di Vietnam | DagangNews Skip to main content

TA Securities semak turun unjuran pendapatan Poh Huat sebanyak 21.9% bagi FY24 kesan penggunaan kilang rendah di Vietnam

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Sept - TA Securities menyemak turun unjuran pendapatan Poh Huat Resources Holdings Bhd sebanyak 21.9% bagi FY24 kesan penggunaan kilang yang lebih rendah di Vietnam.

 

Katanya, selain itu unjuran itu juga adalah berdasarkan pasaran perabot Amerika Syarikat (AS) yang masih dalam trajektori pemulihan perlahan disebabkan lebihan inventori yang masih belum terjual.

 

"Bagaimanapun, kami percaya berakhirnya kitaran menaik kadar faedah AS akan membantu meningkatkan pasaran perumahan yang seterusnya mendorong peningkatan untuk perabot rumah," katanya dalam satu nota kajian.

 

Terdahulu, kumpulan itu menunjukkan keputusan operasinya di Malaysia yang memberi tumpuan kepada segmen pejabat mencatatka peningkatan sebanyak 24% dalam hasil dan 56% dalam keuntungan sebelum cukai bagi suku ketiga berakhir 31 Julai 2024 (3QFY24) .

 

Secara keseluruhannya, Poh Huat melaporkan bahawa keuntungan bersihnya merosot 39% tahun ke tahun kepada RM2.97 juta pada 3QFY24. 

 

Sementara itu, pendapatan bersih bagi sembilan bulan pertama, meningkat 29% kepada RM20.51 juta.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kunci kira-kira kumpulan itu kekal kukuh, dengan sifar hutang dan kedudukan tunai bersih RM289.5 juta.

 

"Selepas menyemak turun unjuran pendapatan, kami menurunkan harga sasaran (TP) kepada RM1.40 berbanding RM1.50 sesaham dan mengekalkan saranan 'pegang'," katanya.- DagangNews.com