TAFI Industries catat untung lepas cukai RM3.24 juta bagi Q4FY2021 selepas rugi RM5.30 juta tahun lalu | DagangNews Skip to main content

TAFI Industries catat untung lepas cukai RM3.24 juta bagi Q4FY2021 selepas rugi RM5.30 juta tahun lalu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Feb - TAFI Industries Berhad mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM3.24 juta bagi Q4FY2021 berbanding kerugian RM5.30 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya selepas disokong jualan perabot tempatan dan pendapatan daripada kontrak pembinaan. 

 

Pendapatan kumpulan itu juga meningkat sebanyak 110.64% kepada RM18.64 juta pada suku yang berkahir 31 Disember 2021 berbanding suku sama tahun lalu.

 

Secara kumulatifnya, TAFI Group berjaya meraih keuntungan bersih sebanyak RM5.48 juta dalam tempoh 12 bulan hingga 31 Disember 2021 berbanding kerugian sebanyak RM9.44 juta tahun lalu selepas mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak RM43.53 juta.

 

Keputusan itu meningkatkan pendapatan asas sesaham kepada 5.28 sen untuk tempoh 12 bulan sehingga 31 Disember 2021 berbanding kerugian 11.83 sen tahun lalu dan semua pendapatan itu dibuat sebelum pemberian bonus sesaham yang akan siap sepenuhnya pada Februari 2022.

 

Ketua Pegawai Eksekutif TAFI Group, Datuk Seri Bryan Wong berkata,  pihaknya akan terus berusaha untuk meningkatkan pendapatan perniagaan perabotnya dengan mendapatkan kontrak daripada kerajaan dan bukan kerajaan selain kerjasama dengan Signature Group and OMG Free Reno Sdn. Bhd. (OMG).

 

"Sehingga kini kami berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM2.3 juta hasil jualan perabot serta produk berkaitan OMG dan peuang untuk berkembang adalah sangat baik.

 

"Kami yakin menerusi kerjasa ini ia akan mengkuhkan keduduka kami dalam pasaran tempatan dalam membekalkan perabot menerusi platform pengubahsuaian berasaskan pelanggan OMG," katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Bryan berkata, sejak kumpulan itu terlibat dengan perniagaan pembangunan hartanah, fokus mereka terarah kepada projek pembangunan sulungnya di Habu, Pahang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM390 juta selain turut mengembangkan penglibatan dalam segmen itu menerusi jalinan kerjasama untuk projek di sekitar Kuantan.

 

"Kami akan terus berusaha untuk mengembangkan penglibatan kami dalam segmen pembangunan hartanah selepas berjaya mendapatkan lebih banyak kerjasama selain enam projek yang sudah diperolehi dengan nilai GDV RM1.01 bilion," katanya.

 

Kumpulan itu juga berjaya mendapatkan satu lagi kontrak bernilai RM30 juta pada 8 Disember 2021 untuk kerja-kerja mekanikal serta elektrik bagi projek di Permas, Johor Bahru menjelang Q4FY2022 selain mereka turut layak mendapatkan 30% pegangan daripada hasil nilai pembangunan kasar hartanah di bawah projek tersebut yang bernilai sekitar RM6 juta. - DagangNews.com