KUALA LUMPUR 17 Jan - TAS Offshore Bhd merekodkan merekodkan perolehan sebanyak RM4.91 juta dan kerugian sebelum cukai sebanyak RM0.79 juta bagi suku semasa berakhir 30 November 2021.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Kumpulan itu berkata, ia mencatatkan hasil yang lebih rendah sebanyak RM4.91 juta mewakili penurunan sebanyak RM4.01 juta atau 45% lebih rendah daripada suku sebelumnya.
Ujarnya, hasil yang lebih rendah adalah disebabkan oleh jumlah kapal yang dihantar adalah sedikit pada suku semasa.
Kumpulan itu berkata, kerugian sebelum cukai bagi suku semasa berjumlah RM0.79 juta berbanding keuntungan suku sebelumnya sebanyak RM0.24 juta mewakili penurunan sebanyak RM1.03 juta berbanding suku sebelumnya.
"Kerugian sebelum cukai yang direkodkan pada suku semasa adalah disebabkan terutamanya oleh lebih sedikit kapal dihantar dan kerugian ke atas perubahan dalam nilai saksama pelaburan yang diukur pada nilai saksama melalui untung atau rugi," katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Mengulas mengenai prospek, Kumpulan itu berkata, menurut Laporan Arang Batu 2021 International Energy, permintaan arang batu global boleh meningkat kepada rekod tertinggi 8.025 bilion tan pada tahun ini dan kekal pada tahap ini sehingga 2024.
Ia berkata, pasaran domestik Indonesia, utiliti milik negara Perusahaan Listrik Negara (PLN) mengunjurkan peningkatan 5.3% tahun ke tahun dalam permintaan arang batu daripada sektor tenaga sahaja pada tahun 2022.
"Prospek cerah bagi arang batu industri perlombongan di Indonesia dijangka merangsang permintaan untuk lebih banyak bot tunda yang penting dalam mengangkut arang batu.
"Kumpulan kami tidak sabar untuk meraih faedah selanjutnya daripada perkembangan terbaru ini dan kami sedang mencari pelanggan baharu daripada segmen pasaran baharu untuk menambah pangkalan pelanggan kami dalam usaha meningkatkan pertumbuhan jualan.
"Kami optimis tentang prospek kami," katanya. -DagangNews.com