Tempahan awal iPhone 12 bermula malam ini | DagangNews Skip to main content

Tempahan awal iPhone 12 bermula malam ini

iPhone 12

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Menanti kemunculan model telefon pintar terbaharu iPhone 12 di Malaysia minggu hadapan, orang ramai boleh membuat tempahan awal atau pre-order peranti berkenaan bermula malam ini.

 

Kesemua empat model iPhone 12 itu boleh ditempah bermula pukul 9 malam ini bagi mereka yang ingin menjadi pemilik terpantas telefon berkenaan.

 

Beberapa negara lain telah mendapat bekalan iPhone 12 dan iPhone 12 Pro dalam tempoh beberapa minggu lebih awal berbanding Malaysia.

 

Namun, Malaysia akan menerima bekalan kesemua model iPhone 12 secara serentak," lapor Soya Cincau.

 

Berita gembira itu seiring dengan pelancaran dua model iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max secara global pada 13 November depan.

 

iPhone 12

 

Susulan itu, Malaysia akan tersenarai sebagai negara pertama yang menerima telefon berkenaan pada Jumaat depan.

 

Seperti kebiasaannya, syarikat telekomunikasi negara seperti Celcom, Digi, Maxis dan U Mobila akan meneruskan corak perniagaan kontraknya bersama pelanggan yang ingin memiliki peranti berkenaan.

 

Kaedah itu termasuk ansuran bulanan tanpa bayaran pendahuluan atau kontrak standard yang memerlukan kepada bayaran harga upfront.

 

Bagaimanapun, hingga kini syarikat telco di Malaysia belum mengeluarkan apa-apa iklan dan pemakluman berkaitan pelan berkenaan.

 

Selain mendapatkan iPhone 12 melalui kaedah kontrak bersama syarikat telco, pelanggan juga boleh membuat pembelian secara terus melalui rangkaian Apple yang sah seperti Apple Online Store, Machines, Mac City dan lain-lain lagi.

 

iPhone 12

 

 

Berikut merupakan senarai harga iPhone 12 mengikut model yang berbeza;

 

iPhone 12 mini

  • 64GB – RM3,399
  • 128GB – RM3,599
  • 256GB – RM4,099

 

iPhone 12

  • 64GB – RM3,899
  • 128GB – RM4,099
  • 256GB – RM4,599

 

iPhone 12 Pro

  • 128GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,399
  • 512GB – RM6,299

 

iPhone 12 Pro Max

  • 128GB – RM5,299
  • 256GB – RM5,799
  • 512GB – RM6,699 - DagangNews.com