BNM sedia peruntukan RM2.6 bilion tingkatkan infrastruktur teknologi pelbagai industri termasuk penjagaan kesihatan | DagangNews Skip to main content

BNM sedia peruntukan RM2.6 bilion tingkatkan infrastruktur teknologi pelbagai industri termasuk penjagaan kesihatan

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 25 Okt - Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyediakan RM2.6 bilion untuk menaik taraf infrastruktur teknologi dalam pelbagai industri termasuk penjagaan kesihatan.

 

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kerajaan ingin menumpukan pembiayaan pembangunan kepada pendigitalan sistem penjagaan kesihatan dalam usaha untuk meningkatkan pelancongan perubatan dan memberikan akses kepada perkhidmatan di kampung-kampung terpencil. 

 

“Sebahagian besar tumpuan adalah untuk memastikan kita dapat mengubah pusat penjagaan kesihatan ini menjadi apa yang boleh dikenali sebagai hospital pintar. 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7429630273471401234.jpg?itok=--3wsMks","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7429630273471401234?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7390560066821703185","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

“Kami berusaha memanfaatkan banyak infrastruktur digital dan telekomunikasi untuk memaksimumkan penggunaan teknologi sedia ada," katanya. 

 

Kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusia dua tahun memberi fokus kepada peningkatan infrastruktur negara dan bukan projek mega, dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan menarik pelaburan asing. 

 

Tempoh ketidakstabilan politik yang panjang di Malaysia yang menyaksikan pelantikan bersilih ganti empat perdana menteri dalam empat tahun, telah menghalang reformasi.

 

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka meningkat kepada 4.5% hingga 5.5% tahun depan, berbanding anggaran 4.8% hingga 5.3% pada 2024.

 

“Kerajaan sedang berusaha untuk menetapkan semula landasan pertumbuhan negara, menumpukan pada tanggungjawab fiskal dan memulakan reformasi yang luas yang hanya dapat membina keyakinan terhadap tadbir urus yang lebih baik,” katanya. 

 

Tambah Fahmi, Malaysia sedang memanfaatkan rangkaian 5G untuk melaksanakan teleperubatan dan perkhidmatan e-sihat di kawasan luar bandar, membolehkan orang ramai melakukan pemeriksaan tanpa perlu pergi ke hospital terdekat yang mungkin berjarak satu jam.

 

Beliau menyatakan, negara ini juga akan bekerjasama dengan syarikat dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan pasaran kesihatan digital.

 

Di samping itu katanya, Malaysia juga merancang untuk memanfaatkan teknologi terus kepada peranti yang menggunakan satelit orbit rendah untuk kawasan sangat terpencil di mana terdapat sedikit atau tiada sambungan internet pada tahun depan. 

 

Pasaran penjagaan kesihatan digital dijangka berkembang kepada RM2.39 trilion menjelang 2028 di seluruh dunia, meningkat daripada RM781.15 bilion pada 2023, menurut firma penyelidikan MarketsandMarkets.

 

Perbelanjaan penjagaan kesihatan di Malaysia dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 8.3%, melebihi negara-negara serantau termasuk Singapura dan Thailand dalam jangka sederhana, menurut BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions. 

 

Kata BMI, Malaysia tetap menjadi destinasi menarik bagi pesakit asing, dengan kemudahan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi yang dilengkapi dengan produk perubatan moden, serta perkhidmatan yang berpatutan. - DagangNews.com

 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/HkkSNJiBrqM.jpg?itok=xFC9kXkC","video_url":"https://youtu.be/HkkSNJiBrqM","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}