Hasil TNB dijangka meningkat didorong permintaan bekalan elektrik pusat data - penganalisis | DagangNews Skip to main content

Hasil TNB dijangka meningkat didorong permintaan bekalan elektrik pusat data - penganalisis

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 25 Nov - Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangka menjana hasil lebih tinggi didorong permintaan bekalan elektrik bagi pusat data lebih 5,000 Mega-watt (MW) baharu pada 2035,  mewakili 20% daripada jumlah kapasiti penjanaan di Malaysia, kata Kenanga Research. 

 

Firma penyelidikan itu berkata, dalam tempoh terdekat, sejumlah 700MW pusat data dijadual akan disiarkan menjelang tahun ini.

 

TNB mencatat pendapatan bersih tahun hingga September (9M24) sebanyak RM3.74 bilion, yang sejajar dengan anggaran firma itu, walaupun kumpulan mencatatkan keputusan berurutan yang lebih lemah  pada 3QFY24 akibat peningkatan jualan elektrik bukan bahan api.

 

“Sementara itu, dengan menstabilkan harga arang batu, ia berkemungkinan terhindar daripada margin bahan api negatif yang besar.

 

"Loji Manjung 4 telah berjaya menyambung semula operasinya pada 5 November 2024 selepas ia terputus secara paksa sejak Disember 2023 akibat getaran tinggi turbin stim," katanya dalam satu nota penyelidikan.

 

Kenanga berkata, ini mengukuhkan keyakinannya terhadap perkembangan industri pusat data Malaysia akan memacu pertumbuhan permintaan TNB.

 

"Dengan meningkatkan kecekapan operasi di TNB Power Generation Sdn Bhd (Genco) bakal menambahkan pendapatan kumpulan.

 

"Oleh itu, kami mengekalkan saranan "outperform" dengan harga sasaran (TP) RM17," katanya.

 

Dalam nota berasingan, PublicInvestment Bank (PublicInvest) menjangkakan Genco akan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan keselurhan kumpulan.

 

Kami menjangkakan Genco berkemungkinan akan mencatatkan margin bahan api yang positif berikutan harga arang batu yang menggalakkan dan pergerakan mata wang asing (forex) manakala Kemudahan Penjanaan 2 (GF2) atau Manjung 4 kembali beroperasi pada 4QFY24. - DagangNews.com