KUALA LUMPUR 13 Jan - Lanjutan kontrak terbaharu Uzma Bhd daripada Petronas Carigali Sdn Bhd dipercayai menyumbang 9% atau RM9 juta daripada unjuran pendapatan kumpulan itu pada FY25.
Katanya, anugerah kontrak itu menandakan lanjutan ketiga daripada Petronas Carigali dengan ia pada mulanya diberikan pada November 2015 bagi tempoh lima tahun sebelum dilanjutkan kepada November 2020 dan Disember 2022.
Firma penyelidikan itu berpendapat, kadar perkhidmatan untuk sambungan terbaharu itu adalah dengan lanjutan dua tahun sebelumnya yang bernilai RM230 juta.
"Kontrak itu menekankan keyakinan Petronas Carigali terhadap keupayaan Uzma bagi menyampaikan perkhidmatan tiub bergelung.
"Lanjutan kontrak ini menjadikan buku pesanan terbaru Uzma kepada RM3.1 billion," katanya dalam satu nota kajian.
ARTIKEL BERKAITAN: Uzma peroleh sambungan kontrak RM100 juta daripada Petronas Carigali
Terdahulu, syarikat penyedia perkhidmatan sokongan huluan itu berkata kontrak tersebut adalah untuk penyediaan tiub bergelung dan perkhidmatan di medan minyak Petronas Carigali di luar pesisir Malaysia timur.
Sambungan kontrak berkuat kuasa 1 Disember 2024 hingga 30 November 2025.
Phillip Capital menjangkakan momentum pendapatan Uzma kekal sepanjang FY25, didorong permulaan projek LSS4, pengambilan dalam aktiviti minyak dan gas, serta buku pesanannya yang besar.
"Kami menekalkan penarafan "beli" dengan harga sasaran (TP) RM1.45 sesaham," katanya. - DagangNews.com