Oleh Mohamad Iman
KUALA LUMPUR 9 Dis - Inta Bina Group Berhad memeterai perjanjian jual beli melalui anak syarikat milik penuhnya dengan QL Agrifoods Sdn Bhd, anak syarikat QL Resources untuk pembelian tanah pegangan bebas kosong yang terletak di Mukim Damansara, Bukit Jelutong berkeluasan 11,026 meter persegi dengan jumlah keseluruhan RM23 juta.
Kumpulan itu berkata harga pembelian akan dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman bank, yang bahagiannya masih belum ditentukan pada ketika ini.
Pada masa ini tiada liabiliti, termasuk liabiliti dan jaminan luar jangka, yang akan ditanggung oleh Inta Bina dan pembeli yang timbul daripada pemerolehan
Pengambilalihan itu dijangka selesai pada pertengahan 2024. - DagangNews.com