Juruaudit luar lahirkan kebimbangan mengenai pemulihan kewangan Maxland  | DagangNews Skip to main content

Juruaudit luar lahirkan kebimbangan mengenai pemulihan kewangan Maxland 

Maxland Berhad yang dahulunya dikenali sebagai Priceworth International Berhad
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 1 Nov - Laporan audit diterbit oleh Maxland Bhd yang menggariskan beberapa langkah bagi menangani isu kewangannya menimbulkan kebimbangan mengenai daya maju syarikat yang telah mencatat kerugian besar dan liabiliti semasa mengatasi asetnya.

 

Laporan audit bagi tempoh berakhir 30 Jun 2024, Maxland mencatat kerugian kasar RM31.5 juta dan kerugian bersihnya pada RM61.2 juta, dengan liabiliti semasa melebihi aset semasa sebanyak RM69.8 juta. 

 

Mengulas lagi tentang laporan itu, juruaudit luar, PKF Malaysia berkata, pendapat Maxland tidak layak serta tidak pasti terhadap material yang menunjukkan kebimbangan kewangan yang serius, walaupun mereka tidak mengubah suai pendapat mereka.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Maxland berkata, ia sedang dalam perbincangan untuk menstruktur semula hutang RM59 juta anak syarikatnya, Sinora Sdn Bhd. 

 

Katanya, langkah itu bertujuan untuk menangguhkan pembayaran balik untuk 12 bulan akan datang bagi mengurangkan tekanan kewangan.

 

Selain itu, kumpulan itu telah memperuntukkan RM20.6 juta untuk menampung kos yang berkaitan dengan kes timbang tara melibatkan GSR Pte Ltd dan Sinora Sdn Bhd. 

 

Kumpulan itu sedang menunggu keputusan daripada Mahkamah Tinggi mengenai peruntukan itu.

 

Namun begitu, kumpulan itu melaksanakan langkah tambahan bagi meningkatkan kestabilan kewangan, seperti merancang untuk menerbitkan sehingga 801.8 juta saham baharu pada RM0.11 ​​setiap sesaham, tertakluk kepada penyertaan pemegang saham dan mengutamakan keuntungan melalui operasi yang cekap dan pengurusan kos. - DagangNews.com