KUALA LUMPUR 15 Jan - RHB Research positif terhadap kejayaan Yinson Holdings Bhd meraih pelaburan RM4.5 bilion kerana ia membolehkan kumpulan itu meneruskan projek baharu tanpa perlu mencari dana tambahan baharu dan pada masa sama dapat membuka kunci nilai kumpulan itu.
Katanya, pelaburan dalam saham keutamaan boleh tukar boleh tebus (RCPS) itu akan diterbitkan dalam empat peringkat, yang mana AS$200 juta (RM901,442) daripada hasil akan digunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan tenaga boleh diperbaharui (RE) dan teknologi hijaunya, serta untuk diagihkan kepada pemegang saham kumpulan melali pembelian balik saham dan/atau dividen.
Firma penyelidikan itu berkata, kadar dividen yang dianggarkan ialah 7.25% tunai dan 6.25% pembayaran dalam bentuk perkhidmatan atau 12.95% tunai (mengikut pilihan penerbit).
"RCPS boleh ditukar kepada saham biasa baharu dalam Yinson Production Offshore Holdings Ltd, anak syarikat milik penuh Yinson berkaitan dengan IPO dalam jangka masa sasaran antara tiga hingga lima tahun, dan selepas IPO, dan ditebus sementara waran boleh digunakan ke dalam saham bahaur Yinson Production.
"Selepas penukaran, Yinson dibimbing untuk memiliki 71.9% daripada syarikat yang diperbesarkan. Sebaliknya, RCPS boleh ditebus pada bila-bila masa oleh pengeluar tertakluk kepada 15.75% kadar pulangan dalaman (IRR) dan tempoh membuat keseluruhan tiga tahun," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Yinson raih pelaburan RM4.5 bilion daripada tiga entiti pelabur antarabangsa ADIA, BCI dan RRJ
Terdahulu, kumpulan itu memeterai perjanjian muktamad dengan konsortium pelabur antarabangsa untuk menerbitkan AS$1 billion (RM4.5 bilion) pelaburan dalam saham keutamaan boleh tukar boleh tebus (RCPS) kumpulan dan waran 10% pada nilai pasca wang sebanyak AS$3.7 bilion.
Konsortium tersebut melibatkan Platinum Lily B 2024 RSC Limited, anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan dana yang diuruskan oleh British Columbia Investment Management Corporation (BCI) dan Kumpulan RRJ.
Perjanjian itu memberi peluang untuk mengeluarkan RCPS tambahan sehingga AS$500 juta dalam tempoh 24 bulan dari tarikh tutup, tertakluk kepada syarat persetujuan.
Firma penyelidika itu berkata, penggearan bersih dijangka berkurangan dengan ketara daripada 1.3x kepada 0.7x.
"Kami melihat potensi peningkatan yang lebih jauh kerana Yinson masih menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya satu projek kapal penyimpanan, pengeluaran terapung dan pemunggahan (FPSO) setiap tahun.
"Kami mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) RM3.69," katanya. - DagangNews.com