Kenanga Research positif terhadap prospek D&O Green Technologies dipacu peningkatan permintaan produk LED | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research positif terhadap prospek D&O Green Technologies dipacu peningkatan permintaan produk LED

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Okt - Kenanga Research positif terhadap prospek D&O Green Technologies Bhd (D&O) pada 2024 dipacu peningkatan permintaan produk modul LED SpicePlus dan NagaJo selain lonjakan jualan global kenderaan elektrik (EV). 

 

Katanya, produk SpicePlus menampilkan reka bentuk unik merentasi pelbagai tahap kuasa dan warna, menjadikan kumpulan itu pengeluar LED pertama yang menawarkan produk sedemikian.

 

"Reka bentuk ini memudahkan konfigurasi litar dan lampu, meningkatkan pelesapan haba melalui rintangan haba yang rendah dan mengurangkan penggunaan kuasa selain memudahkan replikasi serta penggunaan semula yang lebih mudah, menghasilkan penjimatan kos yang ketara bagi pengeluar automotif.

 

"Syarikat itu menjangkakan pengeluaran meningkat sebanyak 75% YoY, daripada 575 juta pada FY24 kepada 1 bilion pada FY25," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Kenanga Research berkata, produk NagaJo direka untuk plikasi lampu hadapan, menangani  permintaan pasaran untuk prestasi lebih baik serta keberkesanan kos selain reka bentuk yang teguh meningkatkan kecekapan, menjadikkannya sesuai untuk kenderaan moden.

 

"Pakej kecil itu meningkatkan ketahanan dan prestasi cahaya keseluruhan.

 

"Dikeluarkan pada 2022, modul NagaJo menghantar 15 juta produk pada FY23, dengan rancangan untuk menggandakan penghantaran kepada 30 juta pada FY24 dan sekali lagi pada FY25," katanya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu terdedah kepada pelbagai risiko mata wang asing kerana prestasi kewangannya dipengaruhi oleh pelbagai mata wang disebabkan operasinya.

 

Katanya, secara keseluruhan, kumpulan itu menjangkakan beberapa keuntungan bersih daripada tukaran mata wang asing pada suku akan datang, walaupun jumlah sebenar masih belum ditentukan.

 

Kenanga Research menyukai kumpulan itu kerana pendedahan uniknya dalam perniagaan LED automotif, penembusannya ke dalam pasaran EV dan penerokaan LED pintar generasi akan datang bag menghasilkan margin yang lebih tinggi

 

"Kami mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM2.64 sesaham," katanya.- DagangNews.com