Kerugian bersih diaudit Pan Malaysia lapor perbezaan 11.4% kepada RM96.95 juta | DagangNews Skip to main content

Kerugian bersih diaudit Pan Malaysia lapor perbezaan 11.4% kepada RM96.95 juta

Pan Malaysia catat rugi bersih RM96.95 juta selepas audit berikutan kawalan penuh A&W
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 14 Nov - Pan Malaysia Corp Bhd melaporkan perbezaan 11.4% bagi kerugian bersihnya dalam penyata kewangan diaudit dan tidak diaudit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (FY24) hari ini.

 

Pan Malaysia Corp dan anak syarikatnya terlibat dalam pembuatan, eksport, pemasaran dan pengedaran coklat dan kuih-muih.

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu mencatat kerugian bersih sebanyak RM96.95 juta, iaitu lebih tinggi berbanding RM87.05 juta yang dilaporkannya dalam keputusan yang tidak diaudit.

 

“Perbezaan itu akibat menyusun semula RM4.44 juta berkaitan kepentingan bukan kawalan berikutan pengambilalihan 49% pegangan ekuiti tambahan dalam A&W (Malaysia) Sdn Bhd.

 

“Selain itu, kumpulan juga merekodkan kerugian RM3.31 juta dalam pelaburan lain yang berkaitan dengan kepentingan ekuiti 15% Network Foods International Ltd,” katanya. - DagangNews.com