Magnum sebagai syarikat tersenarai tunggal dalam U Mobile, bakal raih `untung besar' masa IPO kelak - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Magnum sebagai syarikat tersenarai tunggal dalam U Mobile, bakal raih `untung besar' masa IPO kelak - Maybank IB

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 14 Nov - Magnum merupakan antara syarikat yang memegang saham dalam U Mobile, yang akan melaksanakan rangkaian 5G kedua dan merancang untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun depan.

 

Maybank IB berkata, jika U Mobile bernilai RM10 bilion, ia akan menambah 21 sen sesaham kepada Magnum. 

 

"Kami menjangkakan Magnum membahagikan sahamnya dalam U Mobile kepada pemegang saham selepas penyenaraian.

 

"Kami mengunjurkan pendapatan aliran tunai terdiskaun (DCF) bagi Magnum akan susut 1% dan jumlah pulangan Magnum diunjurkan sebanyak 36%," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: U Mobile terpilih kendali 5G: Magnum Berhad turut sama raih `ONG'

 

U Mobile, yang merancang untuk disenaraikan di Bursa Malaysia itu menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini susulan pilihan sebagai pengendali rangkaian 5G kedua negara. 

 

Ia juga telah dilaporkan untuk melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) tahun depan dengan penilaian sekurang-kurangnya RM10 bilion. 

 

Magnum memegang 7.8% saham dalam U Mobile, Maybank IB berkata, pelaburan Magnum dalam syarikat telekomunikasi itu kini dibawa dalam akaunnya pada RM385.4 juta atau 20sen sesaham.

 

Katanya, harga saham itu akan dinaikkan kepada 21 sen jika IPO U Mobile mencecah RM10 bilion. 

 

"Sebagai syarat untuk mendapatkan hak bagi melaksanakan rangkaian 5G kedua, U Mobile mesti mengurangkan pegangan saham asingnya kepada 20%.

 

"Memandangkan pegangan saham asingnya sebanyak 48% pada masa ini, kami menjangkakan pelancaran IPO U Mobile menawarkan sebahagian daripada tranche saham ini untuk dijual tanpa Magnum mencairkan pegangan sahamnya.

 

"Dengan mengandaikan U Mobile bernilai RM10 bilion, nilai yang ditambah kepada MAG ialah RM398.6 juta atau 21 sen sesaham.

 

"Ditambah dengan DCF-TP sebanyak RM1.33 sesaham, perkara di atas akan membayangkan pulangan sekurang-kurangnya 30%," kata Maybank IB.  - DagangNews.com