KUALA LUMPUR 17 Okt - Malaysia menyaksikan sejumlah 36 tawaran awam permulaan (IPO) dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, tertinggi sejak 2006, menandakan keyakinan pelabur yang kukuh.
Pengarah Ekesekutif Kanan Ernst and Young, Kevin Chew berkata, suku ketiga memberi sumbangan ketara dengan mencatatkan sejumlah 14 IPO.
"Lonjakan aktiviti ini menandakan kebangkitan semula yang membanggakan bagi Malaysia dengan bilangan IPO tertinggi sejak 2006, dan menandakan keyakinan pelabur yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7426953009151626503.jpg?itok=Gvjvl5Mj","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7426953009151626503?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7390560066821703185","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Iklim ekonomi di Malaysia menunjukkan tanda-tanda positif yang teguh, dicerminkan dalam kadar IPO Malaysia yang semakin rancak.
Setakat 2024, ASEAN menyaksikan sejumlah 94 IPO mengumpul AS$2.5 bilion, susut daripada 127 IPO mengumpul AS$4.9 bilion.
Pada suku ketiga 2024 sahaja, terdapat 28 IPO dengan hasil berjumlah AS$1.1 bilion, mewakili lonjakan 100% dalam hasil daripada suku sebelumnya yang menyaksikan 29 urus niaga berjumlah AS$600 juta.
Ernst and Young berkata, ini didorong oleh penyenaraian 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd, yang berdiri sebagai IPO kedua terbesar di rantau ini pada 2024.
Sementara itu, di seluruh ASEAN, bursa aktif lain dalam 2024 termasuk Indonesia (34 IPO mengumpul AS$300 juta), Thailand (22 IPO mengumpul AS$600 juta), Filipina (tiga IPO mengumpul AS$200 juta).
Singapura dan Sri Lanka mempunyai satu IPO yang masing-masing memperoleh AS$19.5 juta dan AS$1.5 juta.
Ernst and Young berkata, baki 2024 dijangka menyaksikan pasaran IPO dipengaruhi oleh dasar bank pusat, perkembangan geopolitik dan hasil pilihan raya.
"Keyakinan itu didorong oleh kadar faedah yang lebih rendah dan mengurangkan inflasi, yang mungkin menggalakkan penyenaraian baharu dan kebangkitan semula dalam sektor yang sensitif kepada kos pinjaman. Prestasi kukuh dalam pasaran utama seperti AS, Eropah dan India dijangka menyokong aktiviti IPO," katanya. - DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/a9L3MXc1GEY.jpg?itok=EiV5r_pF","video_url":"https://youtu.be/a9L3MXc1GEY","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}