KUALA LUMPUR 28 Nov - MBSB Bank Bhd melancarkan PrimeGold-I, platform pelaburan emas digital yang menjadikan pemilikan emas mudah diakses, mampu milik dan selamat kepada pelanggannya.
PrimeGold-i direka untuk rakyat Malaysia dan bukan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang memegang Akaun Semasa atau Simpanan dengan MBSB Bank.
Platform itu membenarkan individu melabur dalam emas dengan jumlah minimum RM10.
Patuh Syariah sepenuhnya, PrimeGold-i memastikan pelaburan sejajar dengan prinsip kewangan Islam sambil disokong oleh emas fizikal.
Ketua Perbankan Pengguna Kumpulan MBSB Bank, Usman Ghouse berkata, PrimeGold-i membolehkan pelanggan mengakses pelaburan emas pada kos kemasukan rendah merentasi pelbagai segmen pelanggan.
"Keupayaan untuk melabur secara digital dalam produk emas yang disokong secara fizikal memupuk gelagat simpanan dalam emas pada harga pasaran langsung, membolehkan pelanggan kami memanfaatkan trend pasaran semasa dalam perjalanan," katanya semasa merasmikan pelatform itu di Kota Bharu, hari ini.
Majlis pelancaran di Kota Bharu turut meraikan komuniti dengan pameran ciri-ciri PrimeGold-I dan cabutan bertuah yang menarik, dengan para hadirin berpeluang memenangi emas digital bernilai RM700.
PrimeGold-I ialah langkah terbaharu MBSB Bank untuk mendemokrasikan pemilikan emas, menawarkan semua orang peluang untuk melabur dalam salah satu aset yang paling dipercayai di dunia.- DagangNews.com