Mildef tawar kenderaan pembawa mortar jadi aset baharu ATM | DagangNews Skip to main content

Mildef tawar kenderaan pembawa mortar jadi aset baharu ATM

Kenderaan WCV yang dibangunkan Mildef mengikut ciri-ciri dikehendaki ATM.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 28 Nov - Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) mengetengahkan rekaan baharu kenderaan pembawa mortar (WCV) untuk ditawarkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

WCV ini dibangunkan mengikut ciri-ciri yang diinginkan ATM khususnya mengikut kesesuaian Tentera Darat hasil penyelidikan dan pembangunan dibuat.

 

Mildef menghasilkan model WCV yang pendek sedikit, manakala beratnya dikurangkan berbanding varian terdahulu.

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7442178509012815125.jpg?itok=Riwr9fR5","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7442178509012815125?is_from_webapp=1&sender_device=pc","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Kenderaan seberat 6.8 tan ini boleh membawa muatan sebanyak 900 kilogram bersama empat kru termasuk pemandu dengan kelajuan sehingga 110 kilometer sejam.

 

Kenderaan
Penggunaan kenderaan WCV akan memberi kelebihan mobiliti kepada pasukan tentera semasa operasi.

 

Bagi perlindungan pula, kenderaan ini mampu menahan letupan sehingga STANAG 4569 Tahap 1 iaitu ketahanan pada tembakan senjata kecil untuk memastikan keselamatan kru.

 

Kenderaan ini dipacu enjin jenis Cummins ISB 4.5 liter memberikan 250hp dan menghasilkan nisbah kuasa ke jisim sebanyak 41hp/tan. 

 

Kenderaan WCV ini ada dipamerkan semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) di Kuala Lumpur pada Mei lalu.

 

Difahamkan, pihak Mildef telah pun menawarkan kenderaan WCV kepada ATM bagi keperluan kenderaan pembawa mortar untuk batalion infantri.

 

Kenderaan
Tanpa kenderaan khusus kru mortar 81mm perlu memikul mortar bersama peralatan lain sebelum dipasang di tapak tembak.

 

Kenderaan

 

Ia juga telah menjalani ujian-ujian yang ditetapkan oleh pihak ATM bagi memastikan kenderaan ini sesuai dan tahan lasak untuk digunakan.

 

Sebagai platform pembawa senjata, sebarang jenis mortar termasuk kaliber boleh dipadankan dengan kenderaan ini kerana reka bentuknya yang bersifat terbuka.

 

Ini sama ada mortar kaliber 80mm buatan luar negara atau yang dibangunkan secara tempatan termasuk jumlah bom mortar yang boleh dimuatkan pada ruang kenderaan.

 

Menggunakan kenderaan seperti WCV untuk dilengkapkan dengan mortar juga lebih kos efektif berbanding membeli platform pembawa mortar khusus seperti kenderaan perisai.

 

Ketika ini Tentera Darat menggunakan mortar kaliber 81mm sebagai senjata bantuan batalion, manakala pasukan mekanise ada menggunakan mortar kaliber 120mm.

 

Kenderaan
Kenderaan perisai Gempita yang dipasang dengan mortar 120mm.

 

Bagaimana pun, ada cadangan untuk Tentera Darat memiliki lebih banyak mortar kaliber 120mm kerana impak kuasa tembakan mortar jenis ini lebih besar.

 

Sebenarnya, cadangan untuk Tentera Darat memiliki kenderaan pembawa mortar bukan baharu, malah sepanjang 15 tahun beberapa model telah diketengahkan syarikat luar negara.

 

Kelebihan pada kenderaan pembawa mortar ialah sifat mobiliti bagi memudahkan pasukan mortar berubah dari satu lokasi ke satu lokasi dengan pantas.

 

Kenderaan
Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) telah membangunkan laras mortar kaliber 120mm dengan kerjasama UPNM dan Tentera Darat. Pihak STRIDE juga telah berkerjasama dengan Mildef untuk membangunkan kenderaan pembawa mortar ini.

 

 

Kenderaan

 

Ini kerana dalam pertempuran, mortar merupakan kuasa artileri yang penting, cuma kaedah pelancaran ke sasaran sahaja berbeza berbanding meriam.

 

Sebelum ini, Mildef mengetengahkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi empat roda (HMAV 4x4) Tarantula dan kenderaan taktikal ringan mobiliti tinggi (HMLTV) Rentaka.

 

Dipercayai Tarantula dan Rentaka juga mempunyai peluang cerah untuk dibekalkan kepada ATM. - DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/ol4l4TbQ-r0.jpg?itok=RPxiqSw8","video_url":"https://youtu.be/ol4l4TbQ-r0","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}