Pendapatan Sunway REIT diyakini mencecah RM636 juta berikutan pengambilalihan AEON Mall Seri Manjung - penganalisis | DagangNews Skip to main content

Pendapatan Sunway REIT diyakini mencecah RM636 juta berikutan pengambilalihan AEON Mall Seri Manjung - penganalisis

Gambar hiasan dari laman web rasmi Sunway REIT
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 22 Jan - Pengambilalihan AEON Mall Seri Manjung di Perak oleh Sunway Real Estate Investment Trust (REIT) diramal memacu pendapatan hartanah bersih (NPI) sebanyak RM636 juta. 

 

AmInvestment juga optimis terhadap pendapatan pengagihan Sunway REIT yang dijangka naik 0.9% kepada RM417 juta dibantu oleh pengembalian sewa.

 

"Pengambilalihan itu akan memberikan pendapatan sewa jangka panjang stabil kepada kumpulan dengan aset yang dipajakkan oleh kumpulan runcit.

 

"Selain itu, kami meliat pengambilalihan ini sejajar dengan rancangan kumpulan bagi meningkatkan gabungan pusat beli-belah kejiranan daripada jumlah aset runcit ke arah 20% menjelang FY27.

 

"Pemerolehan yang dijangka selesai dalam masa enam bulan itu berkemungkinan besar mampu meningkatkan NPI FY25 Sunway REIT sebanyak 0.7% kepada RM636 juta," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengeklakan saranan "beli" ke atas  Sunway REIT dengan harga sasaran (TP) tidak berubah pada  RM2.08 sesaham.

 

ARTIKEL BERKAITAN : YNH Property jual bangunan AEON Mall Seri Manjung kepada Sunway REIT berharga RM138 juta

 

Sehubungan dnegan itu, Maybank Investment Bank (Maybank IB) menjangkakan pengambilalihan itu dapat menaikkan margin pendapatan Sunway REIT pada FY25 dan FY2 masing-masing sebanyak 0.3% dan 0.7%.

 

"Selepas pemerolehan, penggearan kasar dianggarkan meningkat sedikit kepada 0.44x daripada 0.43x pada September 2024.

 

"Pengambilalihan AEON Mall Seri Manjung sejajar dengan tumpuan kumpulan kepada sektor runcit. 

 

"Dalam jangka terdekat, pertumbuhan pendapatan kumpulan akan terus didorong oleh aset runci, disokong oleh pemerolehan lain termasuk Giant Hypermarket, Sunway 163 Mall, Prai Industrial dan Sunway Kluang Mall," katanya.

 

Sementara itu, Maybank IB mengekalkan saranan "tahan" dengan menaikkan TP sebanyak 1 sen kepada RM1.87. - DagangNews.com