KUALA LUMPUR 9 Dis - Walaupun pendapatan 1QFY25 lemah namun, Maybank Investment Bank (Maybank IB) menjangkakan pendapatan VS Industry Bhd lebih kukuh pada 2HFY25, didorong sumbangan lebih tinggi daripada Pelanggan X, pelanggan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Katanya, ia juga disokong oleh syarikat pembuat kopi dengan pelancaran model baharu bermuka 3QFY25.
Firma penyelidikan itu berkata, pesanan Pelanggan X kekal kukuh, sebahagiannya dirangsang oleh peralihan rantaian bekalan globalnya.
Kumpulan itu memperoleh dua tempahan penjagaan alam sekitar baharu sebagai pengeluar kontrak tunggal (CM), dengan pengeluaran dijangka bermula pada suku pertama 2025 (anggaran sumbangan hasil tahunan RM100 juta) dan sedang membida kontrak penjagaan lantai (anggaran nilai RM400 juta setahun).
"Status CM+ daripada Pelanggan X (satu daripada hanya tiga di seluruh dunia) memberikan kuasa penyumberan bahan yang lebih luas, melengkapkan usaha peningkatan nilai VSI untuk berkembang dalam rantaian bekalan Pelanggan X," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan untung bersih lebih rendah berjumlah RM30.6 juta bagi suku pertama berakhir 31 Oktober 2024 (1QFY25) berbanding RM48.98 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
Perolehan bagi suku berkenaan menyusut RM29.5 juta kepada RM1.11 bilion daripada RM1.14 bilion sebelumnya, disebabkan pesanan jualan lebih rendah daripada pelanggan sedia ada dan kadar tukaran asing yang tidak menggalakkan.
Firma penyelidikan tu berkata, tempahan daripada pelanggan utamanya yang lain, termasuk satu pembuat kopi yang berpangkalan di AS dan satu lagi pembuat kopi, dijangka bertambah kukuh pada 2HFY25, didorong pelancaran model baharu yang akan datang.
Ini akan menyediakan pendapatan 2HFY25 yang lebih kukuh berikutan 1HFY25 yang lebih lemah, disebabkan faktor bermusim dan rasionalisasi inventori oleh pelanggannya yang berpangkalan di AS menjelang pelancaran akhir tahun dan baharu.
"Sementara itu, pesanan pelanggan pembersihan kolamnya kekal stabil, dengan permintaan bermusim yang lebih tinggi dijangka pada 2QFY25 dan 3QFY25," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) RM1.28 sesaham. - DagangNews.com