KUALA LUMPUR 2 Dis - SAIC Motor Malaysia bakal mempamerkan model-model menariknya sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) yang akan diadakan bermula 5 hingga 11 Disember 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Acara itu menawarkan peluang istimewa kepada pengunjung untuk menyaksikan kenderaan MG yang inovatif dan bergaya, direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan.
Antara tarikan utama pameran ialah penampilan sulung MG Cyberster di Malaysia, sebuah roadster dua tempat duduk yang anggun, dengan harga rasmi yang bakal diumumkan.
Model-model menarik lain termasuk MG4 EV, MG5, dan MG HS SUV yang sedia ada, serta MG3 HEV, MG7, dan MG ZS HEV yang bakal dilancarkan.
Para pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai faedah eksklusif, termasuk hadiah menarik dengan setiap tempahan kenderaan MG serta ganjaran tambahan di ruang pameran MG (2A02) yang terletak di tingkat dua MITEC. - DagangNews.com