Sekatan eksport cip AS beri kesan minimum kepada sektor pembinaan dan utiliti, syarikat telekomunikasi Malaysia - CGS International | DagangNews Skip to main content

Sekatan eksport cip AS beri kesan minimum kepada sektor pembinaan dan utiliti, syarikat telekomunikasi Malaysia - CGS International

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Jan - CGS International tidak melihat kesan ketara daripada peningkatan sekatan eksport ke atas cip pengkomputeran termaju Amerika Syarikat (AS), ke atas sektor pembinaan dan utiliti serta syarikat telekomunikasi Malaysia. 

 

Katanya, walaupun terdapat risiko jelas ke atas pusat data di Malaysia tetapi bukan semua kapasiti pusat data menuju ke arah kecerdasan buatan (AI) dan bukan semua bebas kerja AI memerlukan cip perkomputeran lanjutan yang tertakluk peada sekatan yang disemak semula oleh pentadbiran negara itu.

 

“Akibatnya, kami tidak melihat kesan yang ketara daripada peraturan baharu ini ke atas syarikat telekomunikasi di rantau ini, mahupun kepada syarikat pembinaan Malaysia yang telah mendapat manfaat daripada lonjakan baru-baru ini dalam pembinaan pusat data di Malaysia.

 

“Syarikat seperti YTL Power International Bhd berperanan penting dalam pusat data berfokuskan AI di rantau ini, mungkin terhindar, disebabkan pangkalan/profil pelanggannya. 

 

"Peraturan baharu itu, bagaimanapun, boleh melihat permintaan pusat data berkembang ke pasaran lain dalam ASEAN, termasuk Indonesia dan Thailand, walaupun ketersambungan dan kuasa adalah pertimbangan utama dalam memilih lokasi pusat data,” katanya dalam satu nota kajian.

 

CGS International percaya risiko kepada sektor pembinaan Malaysia adalah terhad, kerana kontraktor di bawah liputannya sebahagian besarnya membina teras dan cangkang, mekanikal dan elektrik, dan memajak atau menjual tanah kepada pemilik pusat data. 

 

Selain itu, buku pesanan pusat data untuk kontraktor seperti Gamuda Bhd didorong oleh keperluan pelanggan, seperti tanah seluas 157.4 hektar yang diperoleh Gamuda baru-baru ini di Negeri Sembilan, yang dianggarkan menghasilkan buku pesanan sebanyak RM19 bilion.

 

"Bagaimanapun, kami akan memantau aliran kerja masa depan yang berpotensi timbul daripada sekatan eksport cip AI yang berpotensi ini, kerana ia merupakan tema utama bagi sektor itu, yang memacu sebahagian daripada kenaikan harga saham bagi saham pembinaan Malaysia pada 2024,” katanya, 

 

Risiko terbesar kepada sektor ini ialah kelembapan dalam aktiviti pembinaan, kerana permintaan untuk binaan pusat data masa hadapan semakin perlahan, jika permintaan pusat di Malaysia sememangnya didorong oleh permintaan beban kerja AI.

 

Dari perspektif sektor utiliti, Malaysia telah menandatangani perjanjian bekalan elektrik (ESA) bernilai 4.7 gigawatt (GW) dengan pusat data. 

 

Kira-kira 60% hingga 70% daripada ini berpunca daripada pusat skala besar, yang CGS International berpendapat, mereka mungkin akan berada di bawah kategori pengguna pilihan oleh AS. 

 

Sementara itu, risiko sekatan baharu AS terhadap perniagaan pusat data syarikat telekomunikasi berkemungkinan kecil, kerana kebanyakannya tidak memerlukan pemproses lanjutan, kata CGS International.

 

“Daripada anggaran 75MW kapasiti pusat data yang akan dimiliki Telekom Malaysia Bhd menjelang akhir 2026, kurang daripada 10MW pada masa ini dijadualkan untuk beban kerja AI. 

 

"Risiko kepada perkhidmatan sambungan telekomunikasi Malaysia untuk DC juga akan rendah, kerana kami memahami bahawa hasil daripada perkhidmatan ini adalah tidak penting setakat ini. 

 

"Syarikat telekomunikasi juga telah menjelaskan dengan jelas bahawa dalam beberapa bidang kuasa, pengendali yang lebih kecil dengan rangkaian tunggal gentian juga telah menjual gentian gelap kepada pengendali pusat data, sekali gus mengurangkan hasil sambungan syarikat telekomunikasi sedia ada,” katanya. - DagangNews.com