Silver Valley Gardens di Chepor, Ipoh projek kediaman serba lengkap ditawar pada harga RM299,000 | DagangNews Skip to main content

Silver Valley Gardens di Chepor, Ipoh projek kediaman serba lengkap ditawar pada harga RM299,000

Pembangunan yang berkembang menjadikan Silver Valley Gardens lokasi ideal untuk pelaburan hartanah.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 23 Dis - Chepor yang cuma 18 kilometer dari bandar raya Ipoh merupakan sebuah kawasan yang sedang membangun dan menempatkan pelbagai kemudahan. 

 

Ia terletak pada kedudukan strategik tidak jauh dari Plaza Tol Jelapang menghala ke Sungai Siput iaitu merupakan jalan alternatif untuk ke utara.

 

Berada antara Bandar Meru Raya dan Chemor, ia merupakan kawasan matang dengan kemudahan seperti sekolah rendah dan menengah, stesyen minyak dan pasaraya.

 

Terbaharu, kediaman Silver Valley Gardens yang dibangunkan di sini menambahkan lagi pilihan perumahan serba lengkap kepada bakal pembeli dan dapat memenuhi gaya hidup semasa.

 

 

Perak
Projek kediaman Silver Valley Gardens yang dalam pembinaan.

 

Perak

 

Eksekutif jualannya, Nabilah Kashogy berkata, sama ada pembeli rumah kali pertama atau pelabur, hartanah baharu ini menawarkan kelebihan pada harga, rekabentuk dan juga kualiti. 

 

Katanya, satu jenis kediaman dua tingkat bertanah (landed) ditawarkan kepada pembeli pada harga bermula RM299,000 yang mana ia menggunakan bata merah sepenuhnya. 

 

“Kediaman Silver Valley Gardens ini merupakan rumah teres 2 tingkat bermula dari RM299,000 dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air dengan berkeluasan 22' x 65'. 

 

“Ia sempurna untuk sebuah keluarga baharu dan pemilik rumah kali pertama. Ia menyediakan ruang dalaman yang selesa dan praktikal pada harga yang sangat berpatutan,” ujarnya kepada Dagang News.

 

 

Perak
Nabilah Kashogy.

 

Kemudahan yang disediakan seperti trek joging, taman permainan, buaian terkini, tempat kecergasan luar, gelanggang futsal, plaza dan astaka.

 

Kediaman ini menyediakan kawasan yang selesa dengan unsur-unsur reka bentuk inovatif, menggabungkan pelbagai fungsi dan keanggunan. 

 

Jelas Nabila lagi, kediaman tersebut sesuai untuk sebuah keluarga atau pelabur yang ingin mendapatkan kadar sewaan lebih tinggi samada dijadikan homestay atau disewakan.

 

“Sama ada anda sedang mencari rumah sendiri atau untuk pelaburan, ia menjanjikan nilai yang luar biasa dalam sebuah kawasan yang menyediakan pelbagai fasiliti yang terbaik. 

 

 

Perak
Gelanggang futsal antara kemudahan rekreasi yang disediakan di Silver Valley Gardens.

 

Perak

 

“Bayaran tempahan cuma RM100 sahaja untuk memiliki rumah idaman di salah satu lokasi terbaik di negeri Perak dengan segera,” ujarnya.

 

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Nabilah di talian 018-7869277.  - DagangNews.com