KUALA LUMPUR 9 Okt - Tropicana Corporation Bhd menerusi Tropicana Firstwide Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Computility Technology (Malaysia) Sdn Bhd bagi penjualan tanah pegangan bebas seluas 15.59 hektar dengan pertimbangan tunai RM240 di Gelang Patah, Johor.
Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pembeli itu secara prinsipnya terlibat dengan penyediaan infrastruktur untuk pengehosan, perkhidmatan pemprosesan data dan aktiviti berkaitan.
Computility Technology dimiliki sepenuhnya oleh ZData Cloud Technology Pte Ltd yang merupakan anak syarikat milik penuh tidak langsung ZData Technologies Co Ltd, penyedia terkemuka bagi penumpuan rangkaian awan dan syarikat perkhidmatan infrastruktur IT berpangkalan di Beijing.
Pembeli itu merancang untuk menggunakan tanah itu bagi menubuhkan hab pusat data wilayahnya di Johor.
Pengurusan Tropicana berkata, Johor muncul antara hab infrastruktur digital terpenting di Asia Tenggara dengan pelaburan bernilai tinggi alam pusat daya berskala besar yang memacu pertumbuhan industri berkaitan teknologi dan peluang ekonomi untuk masyarakat tempatan.
Johor muncul dengan pantas sebagai hab infrastruktur digital yang penting di Asia Tenggara, dengan pelaburan bernilai tinggi dalam pusat data berskala besar yang memacu pertumbuhan industri berkaitan teknologi dan peluang ekonomi untuk masyarakat tempatan.
"Dalam dua tahun kebelakangan ini, Johor telah menarik lebih daripada 50 pusat data berikutan dorongan kuat negeri itu ke arah ekonomi digital, yang didayakan oleh dasar kerajaan yang teguh, serta kesalinghubungan dan infrastruktur yang baik.
"Hari ini kami memeterai satu lagi perjanjian jual beli tanah pusat data dengan Computility Technology. Penjualan tanah juga mencerminkan keupayaan kami memenuhi keperluan tanah pusat data disokong kepakaran pembangunan kami dan rekod prestasi yang terbukti dalam penyampaian projek," katanya.
Pada Ogos 2024, Tropicana memeterai perjanjian jual beli tanah bernilai RM383 juta dengan penyedia perkhidmatan IT global - NTT Data Group untuk tanah seluas 27.7 hektar Gelang Patah, Johor.
Tropicana mengalu-alukan lebih banyak pengendali pusat data untuk bekerjasama dengan mereka kerana kumpulan itu mempunyai lebih 294.6 hektar tanah premium di Johor dan akan terus membina perbandaran mampan serta mencari rakan kongsi strategik untuk bersama-sama membangunkan bidang tanah.
"Kami akan terus mengukuhkan kehadiran pasaran dan menambah baik pendapatan yang disokong oleh jualan tinggi yang belum dibilkan sebanyak RM2.3 bilion dan kadar pengambilan yang kukuh untuk projek yang sedang berjalan,”katanya pengurusan Tropicana. - DagangNews.com