Untung MNRB melonjak 66% didorong sumbangan lebih tinggi bahagian insurans - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Untung MNRB melonjak 66% didorong sumbangan lebih tinggi bahagian insurans - Maybank IB

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 25 Okt - MNRB Holdings Bhd mencatat keuntungan sebanyak 66% tahun ke tahun (YoY) didorong sumbangan yang lebih kukuh daripada bahagian insurans.

 

Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, pendapatan MNRB memenuhi ramalannya dan mengekalkan saranan 'beli' terhadap MNRB Holdings Bhd dengan harga sasaran RM2.70. 

 

“Pendapatan MNRB pada 2025 kepada purata PER hadapan jangka panjang yang dikemas kini sebanyak 5.5x,” katanya dalam nota penyelidikan, hari ini. 

 

Maybank IB melaporkan MNRB mencatat keuntungan bersih sebanyak dua kali ganda pada 2QFY25 iaitu RM92.7 juta, sejajar dengan jangkaannya pada 49% daripada ramalan tahun penuh.

 

“Keuntungan bersih ini didorong pengalaman tuntutan yang lebih baik, pertambahan kadar faedah dan pergerakan forex serta sumbangan syarikat bersekutu yang lebih tinggi, diimbangi oleh kerugian tukaran mata wang asing tidak direalisasi ke atas aset asing.

 

“Bahagian insurans pula menyaksikan keuntungan sebelum cukainya (EBITDA) melonjak 150% YoY dan menyumbang 64% daripada EBITDA kumpulan pada 2QFY25.

 

“Ini didorong oleh pengalaman tuntutan yang lebih baik dan pendapatan pelaburan yang lebih tinggi dalam tempoh tersebut.

 

Katanya, bahagian takaful am adalah penyumbang kedua terbesar (22%) kepada keuntungan EBITDA kumpulan pada 2QFY25, walaupaun EBITDA merosot 9% YoY akibat pemerolehan yang lebih tinggi. 

 

“Kumpulan itu juga mencatat peningkatan hasil pada 18% YoY didorong oleh hasil yang lebih tinggi daripada insurans motor dan kebakaran.

 

“Bahagian takaful keluarga menyumbang hanya 2%, kerana sumbangan sebelum cukainya pada 2QFY25 turun 61% YoY akibat perbelanjaan pengurusan yang lebih tinggi,” katanya- DagangNews.com