Varia terima kontrak RM571.8 juta bagi pembinaan pusat Pusat Rehabilitiasi Perkeso di Setiu, Terengganu | DagangNews Skip to main content

Varia terima kontrak RM571.8 juta bagi pembinaan pusat Pusat Rehabilitiasi Perkeso di Setiu, Terengganu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Okt - Varia Bhd menerusi Pembinaan Teguh Maju Sdn Bhd menerima kontrak RM571.8 juta daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pembinaan Pusat Rehabilitiasi Perkeso Wilayah Timur di Setiu, Terengganu. 

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu adalah selama 30 bulan bermula dari tarikh pemilikan tapak pada 29 Oktober 2024 sehingga 28 April 2027.

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumulan untuk tempoh kewangan yang berkaitan dalam tempoh kontrak.

 

Ia juga tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham Varia.

 

Faktor risiko yang mempengaruhi kontrak termasuk perubahan dalam persekitaran ekonomi, politik dan kawal selia serta risiko operasi am. 

 

Kumpulan akan mengambil langkah yang sesuai untuk mengurangkan risiko tersebut.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama syarikat dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak.- DagangNews.com