KUALA LUMPUR 5 Nov. - Nikon Malaysia Sdn. Bhd. (Nikon Malaysia) bakal menamatkan operasinya sebagai pengedar sah pengimejan dan industri metrologi Nikon bermula 1 Januari 2021.
Menerusi hantaran status syarikat itu di Facebook, operasinya akan berakhir pada 31 Disember 2020.
“Kami bersyukur atas sokongan tinggi dari komuniti dan kesetiaan yang ditonjolkan kepada kami, dan kami berbangga untuk berkhidmat dalam kedua-dua bidang Metrologi Industri serta pengimejan di Malaysia.
“Bermula 1 Januari 2021, Futuromic Photo AV Sdn. Bhd. akan menjadi pengedar sah yang dilantik untuk menjalankan perniagaan pengimejan Nikon merangkumi pemasaran, jualan dan perkhidmatan aktiviti selepas jualan produknya di negara ini.
“QES (Asia Pacific) Sdn Bhd pula akan terus menjadi pengedar sah perniagaan industri metrologi,” kata Nikon Malaysia.
Tambah Nikon Malaysia, sepanjang tempoh peralihan itu, syarikat berkenaan akan beroperasi seperti biasa. - DagangNews.com