Tiada pelepasan air dari Empangan Cameron Highland | DagangNews Skip to main content

Tiada pelepasan air dari Empangan Cameron Highland

 

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi hantaran (posting) media sosial yang ditularkan pihak tidak bertanggung jawab berkenaan pelepasan air Empangan Cameron Highland hingga menyebabkan banjir.

 

Paras air di empangan hidroelektrik TNB di Cameron Highland, Pahang berada di bawah paras limpahan dan tiada pelepasan air berlaku, seperti yang didakwa dalam hantaran media sosial itu.

 

Paras air di dua lagi empangan TNB, iatu Tasik Kenyir, Terengganu dan Sungai Perak, Perak juga di bawah paras limpahan dan tiada pelepasan air dilaksanakan.

 

Sejak Ogos tahun lalu, TNB telah membuat persediaan awal di di ketiga-tiga empangan itu dengan melakukan pelepasan terkawal bagi menurunkan paras air empangan agar dapat menampung peningkatan jumlah air ketika musim tengkujuh.

 

TNB juga telah mengadakan beberapa siri taklimat persediaan dan latihan kecemasan di stesen-stesen hidroelektrik dan pejabat operasinya bagi meningkatkan kecekapan dan siapsiaga semua pihak.

 

Orang ramai dinasihatkan agar menyemak kesahihan hantaran di media sosial sebelum membuat perkongsian bagi mengelakkan kegusaran kepada masyarakat.

 

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 atau facebook TNB CareLine- DagangNews.com