Tidak benar sotong ring diperbuat daripada babi - peniaga makanan laut | DagangNews Skip to main content

Tidak benar sotong ring diperbuat daripada babi - peniaga makanan laut

Dakwaan sotong ring diperbuat daripada babi adalah khabar angin semata-mata.

KUALA LUMPUR 4 Mac – Seorang peniaga makanan laut di Kedah tampil memperjelaskan kekecohan di media sosial berikutan tular kenyataan mendakwa sotong itu dibuat dari usus babi, hanya wajar `setakat boleh dengar sahaja’ kerana tiada kebenarannya.

 

Pemilik Dsemeling Fresh & Frozen Seafood, Muhammad Farid Mohd Ali dari Taman Tasik Indah, Bedong di Kedah berkata, dakwaan mengatakan sotong ring liat kerana sotong ada banyak spesies dan banyak jenis.

 

Menurutnya, sotong yang diproses kilang untuk buat sotong ring adalah jenis illex squid dan jenis ini tiada di perairan Malaysia.


 

illex squid
                      Sotong illex

 


''Jadi orang kita tidak kenal sangat sotong jenis ini. Yang banyak di Malaysia ialah jenis loligo.


 

loligo squid
                   Sotong loligo

 


''Sebab itu rasa tidak sama dengan sotong yang biasa kita makan dan cara masakkan pun lain untuk setiap jenis sotong,’’ kata Muhammad Farid kepada DagangNews.com.

 

Muhammad Farid mengulas dakwaan yang tular menerusi WhatsApp semalam, yang tertera ayat: ''Nak share info, ni adalah dubur babi, nampak macam sotong, ring dia besar dan putih, kalau sotong ada titik titik, takut terbeli, sekilo kat Perlis RM7.90, kat KL RM11, tapi dalam plastik, so kawan kawan tak berani beli tapi pandai depa letak tanda halal’’.

 


 

sotong



 

Dalam konteks label halal, Muhammad Farid berkata, di Malaysia badan yang mengawal status halal haram ni adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

''Di negara lain ada jabatan agama Islam mereka sendiri yang menyelia bab ni. Ada cop depa sendiri.. takkan nak pakai cop JAKIM pula untuk negara Thailand/China?,’’ katanya.

 

Mengenai pengimportan bahan makanan, MAQIS atau Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia yang bertanggungjawab memeriksa.

 

''Ada banyak jabatan yang terlibat di dalam MAQIS, antaranya JAKIM. Kalau betul buat daripada babi, mesti sudah terbongkar,’’ ujarnya.

 

TERKINI: Jakim siasat sotong ring didakwa diperbuat daripada dubur babi

 

Bagaimana pula dakwaan sotong itu diproses daripada babi?

 

''Setakat ini banyak video yang dibuat dari sotong sahaja ditemukan. Tiada satu pun video tunjuk ia dibuat dari babi.

 

''Setakat cakap kosong tanpa bukti yang kukuh, setakat boleh dengar saja,’’ tegas Muhammad Farid. – DagangNews.com