Tindakan bertujuan lindungi pengguna daripada kandungan mudarat, bukan bataskan kepelbagaian pandangan - MCMC | DagangNews Skip to main content

Tindakan bertujuan lindungi pengguna daripada kandungan mudarat, bukan bataskan kepelbagaian pandangan - MCMC

SEBAGAI maklum balas kepada satu tajuk utama laporan berita mengenai platform Over-The-Top (OTT) termasuk Meta dan TikTok yang menyaksikan peningkatan permohonan oleh Kerajaan untuk menurunkan kandungan pada 2023, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjelaskan, tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada peningkatan kandungan memudaratkan dalam talian, dan bukannya untuk membataskan kepelbagaian pandangan.

 

Statistik MCMC menunjukkan, peningkatan sebanyak 24 kali ganda dalam kandungan memudaratkan di platform media sosial dan OTT, daripada 1,019 pada tahun 2022 kepada 25,642 pada tahun 2023, termasuk scam, penjualan haram, perjudian, berita palsu dan ucapan berbaur kebencian, menimbulkan ancaman kepada fabrik sosial dan institusi-institusi di Malaysia.

 

Ucapan berbaur kebencian, terutamanya, mempunyai potensi untuk mencetuskan keganasan, diskriminasi, dan gangguan, sekali gus mencerminkan kepentingan untuk menguatkuasakan undang-undang dan kawal selia untuk penyederhanaan dan penurunan kandungan bagi melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan.

 

Rujuk kepada statistik kandungan memudaratkan seperti yang tertera di bawah: 

mcmc

 

Justeru, adalah penting untuk Kerajaan, badan kawal selia dan platform OTT bekerjasama bagi menangani isu ini dan pada masa yang sama menegakkan kepelbagaian pandangan.

 

Ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna di alam maya. - DagangNews.com