Tindakan gantung 6 bulan terhadap DDNK adalah wajar, kata Pengerusi SC | DagangNews Skip to main content

Tindakan gantung 6 bulan terhadap DDNK adalah wajar, kata Pengerusi SC

Datuk Nazri Khan Adam Khan atau DDNK
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 14 Okt - Keputusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menggantung Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal Baharu (CMSRL) pengarah eksekutif dan pengurus dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) Datuk Nazri Khan Adam Khan selama enam bulan adalah wajar.

 

Pengerusi SC, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata, suruhanjaya perlu mengumpul bukti dan tidak boleh ambil tindakan sewenang-wenangnya sehingga mengganggu pasaran.

 

"Kita kena pastikan bukti jelas dan nyata untuk diambil tindakan.

 

"Tindakan yang diambil oleh SC adalah wajar. Kami telah mengkaji dan menilai bukti dan sebagainya," kata beliau kepada pemberita pada 9th InvestSmart Fest 2022 di sini hari ini).

 

 

Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin
         Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin

 

 

Lesen Nazri Khan digantung oleh SC berkuat kuasa 6 Oktober 2022.

 

BACA: DDNK atau Datuk Nazri Khan sah digantung lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti selama 6 bulan

 

Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, pengurusan IPAM berkata syarikat merayu terhadap penggantungan Nazri Khan yang dikenali sebagai DDNK itu dan penggantungan beliau adalah disebabkan pelanggaran pentadbiran dan bukan pengurusan dananya. - DagangNews.com