Titijaya jalin kerjasama strategik dengan Bank Islam luaskan akses rumah mampu milik kepada rakyat Malaysia | DagangNews Skip to main content

Titijaya jalin kerjasama strategik dengan Bank Islam luaskan akses rumah mampu milik kepada rakyat Malaysia

Pengarah Eksekutif Titijaya Land, Datuk Faizal Abdullah (kiri), Datuk Lim Yit Poh (dua dari kiri) bertukar dokumen bersama Mizan Masram (dua dari kanan) dan Pengarah Aset Runcit Bank Islam, Anuar Amin Ayob@ Haron (kanan) dalam satu majlis, pada 15 Ogos 2024.
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Titijaya Land Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Bank Islam Malaysia Bhd bagi mengukuhkan kerjasama strategik dan meluaskan akses kepada rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia.

 

Menerusi kerjasama itu, Bank Islam akan menyediakan rumsan pembiayaan bagi memenuhi keperluan pemilik rumah pada masa sekarang selain menyediakan pembiayaan akhir kepada mereka untuk memiliki hartanah yang dibangunkan oleh Titijaya. 

 

Rumusan itu termasuk pakej pembiayaan khas bagi pembeli rumah pertama yang layak melibatkan Skim Jaminan Kredit Perumahan - MADANI (SJKP-Madani). 

 

Skim tersebut akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin membeli rumah di Damaisuria, projek perbandaran baharu kumpulan di Bukit Subang.

 

Pengarah Urusan Titijaya Group, Datuk Lim Poh Yit berterima kasih kepada Bank Islam atas sokongan mereka dan pihaknyateruja untuk memasuki fasa baharu dalam kerjasama itu. 

 

Katanya, ia merupaan antara inisiatif Titijaya bagi menawarkan produk yang diperlukan oleh pembeli rumah di negara ini, dan mengadaptasi kepada perubahan yang berlaku dalam pasaran hartanah. 

 

"Bersama, kami akan membuka peluang kepada lebih ramai golongan muda dan juga keluarga untuk membeli rumah di Damaisuria dan menetap di perbandaran ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Bank Islam – Perbankan Runcit Kumpulan, Mizan Masram berkata, pihaknya juga teruja untuk mengukuhkan kerjasama dengan kumpulan itu dan menerusi tawaran pembiayaan terbaharu itu adalah yang paling kompetitif dalam pasaran ketika ini dengan kadar faedah serendah 3.80% setahun.

 

“Lebih menarik, pelanggan yang memohon pembiayaan daripada Bank Islam untuk projek Damaisuria akan mendapat manfaat daripada pembiayaan sampingan melalui produk Pembiayaan Peribadi, menjadikan ia lebih mudah untuk membiayai perbelanjaan untuk ubahsuai dan juga membeli perabot. 

 

"Rumusan komprehensif ini akan membolehkan pembeli rumah menyediakan ruang kediaman impian mereka, dengan lebih selesa dan fleksibiliti dari segi kewangan," katanya

 

Titijaya telah juga mengumumkan maklumat terkiniprojek bandar 264 @ Seiring, iaitu projek terbaharu dalam Seiring Residensi, fasa pertama Damaisuria. 

 

264 @ Seiring melibatkan 264 unit apartmen servis pegangan bebas dalam  menara. Projek ini dijangka mendapat permintaan yang baik kerana ia adalah projek rumah mampu milik dalam kawasan bandar, dengan harga permulaannya di tawarkan daripada RM270,000 seunit.

 

Seiring Residensi melibatkan pembinaan empat menara dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM677 juta. Projek Damaisuria secara keseluruhannya dengan GDV RM2 billion. - DagangNews.com