TNB berkongsi cabaran industri tenaga dengan editor | DagangNews Skip to main content

TNB berkongsi cabaran industri tenaga dengan editor

Pengerusi TNB, Dato’ Seri Hasan Arifin dan Presiden/CEO TNB, Datuk Ir Baharin Din bergambar kenangan bersama para editor di Kuala Lumpur pada 10 Jun 2022.

KUALA LUMPUR 10 Jun - Para editor dan pengarang media hari ini diberi penerangan mengenai perkembangan semasa, cabaran dan masa depan industri tenaga negara oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir Baharin Din.

 

Ia meliputi kesan kenaikan harga bahan api fosil global terhadap kos penjanaan tenaga negara, yang disemak setiap enam bulan melalui Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) di bawah kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), yang digunakan kerajaan dalam menentukan tarif elektrik.

 

Baharin turut menjelaskan mengenai masa depan industri tenaga yang lebih mampan dengan TNB menyumbang melalui pelan strategik Hala Tuju Kelestarian 2050 TNB (TNB Sustainability Pathway 2050), dengan sasaran pelepasan karbon sifar bersih, selari komitmennya terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

 

Taklimat sempena Majlis Mesra Media 2022 itu turut dihadiri Pengerusi TNB, Dato’ Seri Hasan Arifin dan Pengurusan Tertinggi TNB. Ia dihadiri lebih 40 para pengarang dan editor berita am, ekonomi dan digital dari media cetak serta elektronik, termasuk DagangNews.com.
 

 

Datuk Ir Baharin Din
Datuk Ir Baharin Din

 


Program ini adalah urutan pendekatan libat urus TNB bersama media pada setiap suku tahun, bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat mengenai pelbagai isu industri tenaga. Sejak awal tahun, dua sesi secara dalam talian telah berjaya dilaksanakan. - DagangNews.com