Top Glove belanja RM328.51 juta beli balik saham | DagangNews Skip to main content

Top Glove belanja RM328.51 juta beli balik saham

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Top Glove Corporation Berhad (Top Glove) telah membelanjakan sebanyak RM118.61 juta untuk membeli balik saham pada minggu ini. 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan saham yang dibeli balik pada bulan ini bernilai RM328.51 million untuk 44.59 juta saham.

Pembelian itu dilakukan pada lima hari pelaburan. 

Top Glove menerusi pengumuman syarikat di Bursa Malaysia mengumumkan pembelian balik 2.36 juta saham bernilai RM18.85 juta, semalam.

Sementara itu, menerusi pengumuman lain di Bursa Malaysia, Pengarah Eksekutif Top Glove, Lim Cheong Guan telah melepaskan pemegangan sahamnya di syarikat itu berjumlah 380,000 sejak 17 September. 

Beliau telah menjual 300,000 saham pada Khamis lalu bernilai RM8.05 sesaham.

Pada hari berikutnya, beliau melepaskan 50,000 saham pada harga RM8.06 sesaham dan semalam 30,000 saham dijual pada nilai RM8.09 sesaham. 

Susulan itu, Cheong Guan setakat ini memiliki 557,800 saham bersamaan 0.007% pemegangan saham di Top Glove. 

Menurut theedgemarkets, harga saham Top Glove menyusut dari paras tertinggi, RM9.47 pada 6 Ogos lalu kepada RM8.03.

Sehingga kini, saham Top Glove meraih keuntungan sehingga 412%, menjadikannya saham kedua terbesar dari segi modal pasaran sebanyak RM65.31 bilion. - DagangNews.com