Transformasi kehidupan melalui pembedahan dengan Program Inisiatif Pembedahan Global di Sarawak | DagangNews Skip to main content

Transformasi kehidupan melalui pembedahan dengan Program Inisiatif Pembedahan Global di Sarawak

RAKYAT dari komuniti pinggiran Sarawak kini menerima sinar harapan baharu melalui perlaksanaan program perkongsian awam-swasta yang pertama seumpamanya, iaitu Inisiatif Pembedahan Global atau 'Global Surgery Initiative (GSI)’ .

 

GSI adalah sebuah program dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH), Persatuan Pakar Bius Malaysia (MSA) dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

 

Melalui program ini, para doktor, pegawai perubatan, dan jururawat yang berkemahiran tinggi dan berdedikasi dari Hospital Umum Sarawak, Hospital Sri Aman II dan SJMC berganding bahu untuk menjalankan 34 pembedahan dalam masa seminggu, sekali gus memanfaatkan penduduk-penduduk di kawasan tersebut.

 

Presiden Persatuan Pakar Bius Malaysia (MSA) Profesor Dr Ina Ismiarti Shariffuddin berkata, program GSI berusaha untuk memperkasakan pesakit yang tidak mempunyai akses terhadap perkhidmatan perubatan kritikal, dan pihaknya bersyukur kerana dapat memantapkan kepentingan perkhidmatan anestesia yang selamat dan yang mengutamakan pesakit menerusi usaha ini.

 

Menurut beliau, yang mengagumkan adalah ketekunan dan kepakaran pasukan profesional penjagaan kesihatan yang terlibat dalam program ini, kerana ia merupakan bukti usaha berterusan mereka untuk memperbaik akses untuk para pesakit.

 

“Kami juga berharap inisiatif ini akan dijadikan teladan ke arah membawa perubahan dan merapatkan jurang perkhidmatan kesihatan kritikal di negara kita," katanya.

 

Dari kes yang melibatkan penyakit batu karang hempedu, kegagalan buah pinggang, dan sebagainya, pasukan profesional penjagaan kesihatan yang terlibat terpaksa menandangi kes-kes kompleks yang berlainan.


 

parafrasa

 


Antara pesakit yang dirawat termasuk Khairul, Anna, dan Halina (bukan nama sebenar), di mana kisah pembedahan mereka menunjukkan manfaat program ini yang boleh mengubah kehidupan seseorang.

 

Kisah mereka juga membuktikan kepentingan intervensi sebegini yang boleh meningkatkan akses perkhidmatan pembedahan untuk pesakit di Sarawak, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang kurang akses.

 

Pengerusi Lembaga Penasihat Perubatan SJMC serta Pakar Perunding Bius dan Pakar Perubatan Penjagaan Kritikal SJMC, Dr Gunalan Palari Arumugam terlibat dalam menjalankan pembedahan bersama pasukan perubatan tersebut.

 

Beliau berkata, "Kita patut menjadi pemula, penggerak, dan menggoncang sistem penjagaan kesihatan kita dan bukannya merungut tentang kelemahannya. Kejayaan projek ini adalah hasil dedikasi pelbagai individu, dan harapan kami adalah supaya lebih ramai doktor akan menyumbang masa dan kepakaran mereka untuk program ini pada masa hadapan.

 

“Program ini juga menunjukkan kita bahawa seseorang individu boleh menggalas tanggungjawab untuk memacu perubahan positif dan membina sistem penjagaan kesihatan yang lebih baik dan saksama untuk semua," ujarnya.

 

Dari Pergelutan ke Kejayaan: Kisah Pembedahan Hempedu *Khairul, Berkat Perkhidmatan Penjagaan Luar Biasa

 

Walaupun *Khairul bergelut dengan penyakit pankreatitis dan pernah dimasukkan ke hospital berulang kali, dia perlu menunggu sehingga Mac 2023 untuk menjalani pembedahan membuang pundi hempedunya.

 

Namun penjagaan luar biasa yang melebihi jangkaannya disertai dengan kemudahan yang canggih menghidupkan semula semangatnya. "Para doktor dan jururawat menjaga saya dengan baik, teliti dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.


 

parafrasa

 


Saya ucapkan terima kasih kepada setiap kakitangan hospital, kerana profesionalisme dan dedikasi mereka yang membolehkan pembedahan saya berjaya.” Pengalaman *Khairul membuktikan peranan penting yang dimainkan para profesional penjagaan kesihatan dalam meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

 

Dialisis dan Harapan: Perjuangan Penuh Inspirasi *Anna ke arah Pembedahan Buah Pinggang yang Berjaya

Walaupun *Anna disahkan menghidap kegagalan buah pinggang peringkat akhir pada usia 18 tahun dan terpaksa meninggalkan pengajiannya, dia tetap tabah dan memulakan rawatan dialisisnya pada Disember 2022.

 

Ibu *Anna berhenti kerja untuk menjaganya, manakala bapanya bekerja sebagai pemotong rumput untuk menyara keluarganya yang menghadapi masalah kewangan.

 

“Berita yang saya terpilih untuk menjalani pembedahan memang satu keajaiban. Kami sangat gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada para profesional penjagaan kesihatan yang telah menjayakan pembedahan ini. Kegembiraan dan kelegaan yang timbul di wajah ibu bapa saya merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi saya.”

 

Menghadapi Penantian dengan Kesabaran: Cabaran *Halina ke arah Pembedahan Hepaticojejunostomy yang Berjaya

*Halina, seorang pembantu makmal berusia 36 tahun dari Betong, akhirnya menjalani hepaticojejunostomy (prosedur pembedahan antara saluran hepatik dan bahagian jejunum usus kecil) selepas penantian selama setahun.

 

Sebagai seorang ibu kepada tiga orang anak, keperluan berjauhan dengan keluarga untuk pembedahan merupakan satu pengalaman yang menakutkan.

 

Namun begitu, sikap *Halina membantunya kekal positif sepanjang perjalanan yang mencabar.

 

“Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam penjagaan saya. Saya tak mampu membalas jasa mereka semua.”


 

parafrasa

 


Doktor-doktor

Pasukan pakar perubatan dari SJMC yang menjayakan program GSI terdiri daripada pakar bedah seperti Dr R. Krishnan Raman, Perunding Am dan Pakar Bedah Hepatobiliari; Dr Haritharan Thamutaram, Perunding Am dan Pakar Bedah Hepatobiliari; Dr Liew Ngoh Chin, Perunding Am dan Pakar Bedah Vaskular; Cik Angie Ng Pei Shee, Pentadbir Perkhidmatan Teater Operasi, dan Cik Lee Sah Bolatero, Jururawat Kakitangan. Selain itu, mereka juga disertai beberapa orang profesional penjagaan kesihatan yang lain.

 

Kepakaran dan usaha pasukan perubatan inilah yang menjayakan perlaksanaan Global Surgery Initiative. Komitmen mereka untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan pembedahan membawa inspirasi, dan menggesa orang ramai untuk menyokong inisiatif yang serupa bagi mendekatkan rawatan penting kepada masyarakat terabai.

 

Dengan usaha bersama, setiap pesakit akan mendapat akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tanpa mengira lokasi atau keadaan kewangan. – DagangNews.com