Ketika tahun baharu membuka tirai, foodpanda mengumumkan trend pesanan makanan dan barangan runcit teratas untuk 2024, bagi meraikan makanan dan minuman kegemaran yang telah menyemarakkan semangat rakyat Malaysia sepanjang tahun lalu.
Berbekalkan maklumat berasaskan data, foodpanda terus memberikan keceriaan dan kemudahan kepada keluarga-keluarga di seluruh negara.
Juadah Paling Popular pada 2024:
Seperti dijangka, juadah tempatan adalah ‘bintang’ pada 2024. Roti Canai menduduki tempat teratas sebagai hidangan paling banyak dipesan di foodpanda untuk tahun kedua berturut-turut, diikuti oleh Nasi Goreng Kampung yang tetap disukai rakyat Malaysia. Hidangan klasik ini sentiasa membawa kepuasan dan keceriaan kepada ramai keluarga di Malaysia.
Kini, Roti Canai bukan sekadar makanan biasa. Juadah ikonik ini bukan sahaja mengisi perut rakyat Malaysia setiap hari, tetapi juga memacu budaya sarapan pagi Malaysia sehingga meraih pengiktirafan dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH) pada 2024.
Minuman yang Benar-benar Malaysia:
Milo tetap dekat di hati rakyat Malaysia dengan pesanan melebihi 700,000 cawan, yang cukup untuk mengisi 24 kolam renang. Sebagai minuman ruji yang dinikmati dari generasi ke generasi, minuman malt coklat ini bukan sekadar minuman biasa; ia ibarat pelukan hangat dalam satu cawan serta pembekal tenaga yang terbaik.
bekal by foodpanda:
bekal by foodpanda, iaitu perkhidmatan penghantaran makanan pertama yang disahkan secara menyeluruh, terus bertumbuh pesat dengan menghantar lebih 23 juta pesanan yang disahkan halal pada 2024.
Pencapaian hebat ini menyerlahkan dedikasi foodpanda untuk menjamin integriti penghantaran yang halal, sambil memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia dengan penuh keyakinan dan kebolehpercayaan.
Setelah menerokai trend pesanan makanan tahun 2024, marilah kita meneliti impak yang tercetus melalui perkhidmatannya yang lain.
pandamart: ‘Penyelamat’ Seisi Keluarga
Tahun 2024 menyaksikan lonjakan permintaan terhadap makanan ruji, dengan lebih 500,000 roti dan lebih 160,000 karton telur dipesan melalui pandamart. Kuantiti roti tersebut adalah setara berat 50 ekor gajah Asia!
Ayam (seluruh ekor) dan Cendawan Enoki juga muncul sebagai keperluan dapur penting pada 2024, yang dipesan secara konsisten oleh keluarga-keluarga di seluruh negara.
Penemuan ini menggambarkan keperluan rakyat Malaysia terhadap bahan segar dan serba boleh yang dihantar terus ke dapur mereka melalui foodpanda.
Di samping itu, rider foodpanda yang rajin turut menunjukkan pencapaian luar biasa pada 2024. Mereka telah mencapai jarak 1,133,768,562 kilometer secara kolektif, setara dengan mengelilingi dunia sebanyak 28,000 kali.
Malah, kemurahan hati pelanggan juga terserlah. Mereka telah memberi tip berjumlah RM12.4 juta kepada pasukan rider, sekali gus mencerminkan penghargaan ikhlas atas perkhidmatan pasukan rider.
Pada 2024, foodpanda telah memperluas tawarannya secara signifikan, dengan menyenaraikan lebih 24,000 restoran baharu bagi menyediakan lebih pilihan kepada pelanggan di seluruh Malaysia.
Daripada jenama terkenal seperti McDonald’s, KFC, dan Marrybrown yang terus kekal sebagai tiga restoran teratas, sehingga jenama tempatan seperti Damascus Restaurant, The Douglas Street, dan Sarah Hannah Cafe yang berjaya membina sokongan kukuh dalam komuniti, foodpanda membuktikan komitmennya untuk menyokong perniagaan dari pelbagai saiz.
Sambil mengenang tahun penuh usaha dalam menghubungkan rakyat Malaysia dengan hidangan kegemaran dan keperluan harian, foodpanda berazam untuk terus berinovasi, menyokong komuniti tempatan, serta meraikan warisan kulinari Malaysia yang kaya dan berwarna-warni.
Semoga tahun 2025 akan terus membawa keceriaan, satu penghantaran pada satu masa. - DagangNews.com