Trinity Group lancarkan 'Gold Assurance Programme' tawar jaminan kepada dua pembangunan baharu di Lembah Klang | DagangNews Skip to main content

Trinity Group lancarkan 'Gold Assurance Programme' tawar jaminan kepada dua pembangunan baharu di Lembah Klang

Trinity Rainfora di Puchong.
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Trinity Group melancarkan 'Gold Assurance Programme' yang menawarkan jaminan dalam pasaran hartanah tempatan serta faedah kepada pembeli rumah dan pelabur. 

 

Menurut Kumpulan itu, dua pembangunan utamanya akan meraihkan manfaat program tersebut iaitu Trinity Rainfora di Puchong dan Trinity Sensoria di Ampang. 

 

Kumpulan tersebut berkata, pelancaran program itu menjadikannya pemaju hartanah pertama Malaysia yang menawarkan jaminan sebegitu. 

 

"Program ini menawarkan jaminan tempoh 36 bulan kepada pembeli hartanah bagi memastikan tiada kerosakan rumah, waranti 10 tahun bagi kebocoran bumbung dan waranti lima tahun untuk jubin timbul. 

 

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Trinity, Datuk Neoh Soo Keat berkata, kedua-dua projek utama kami bertemakan kreatif dan berkonsepkan nilai jualan unik. 

 

"Dengan menyepadukan program kami dan dua pembangunan baharu akan membentukkan komuniti yang bertenaga serta menyediakan lapisan tambahan keselamatan  untuk semua pihak berkepentingan," ujar beliau.

 

Di samping itu, kemas kini jenama Trinity Group baru-baru ini menandakan pencapaian besar dalam perjalanannya menjadi peneraju berwawasan dalam sektor hartanah Malaysia. 

 

Katanya, identiti visual baharu Kumpulan yang menampilkan lambang daripada huruf "T" dan "G," mencerminkan dedikasinya terhadap kecemerlangan dan komitmen terhadap 'Gold Assurance Programme'. 

 

Beliau juga menekankan peningkatan jenama Kumpulan, digabungkan dengan Program Jaminan Emas, mencerminkan keupayaan dan visinya untuk masa depan kehidupan komuniti bandar di Malaysia.- DagangNews.com