Triumph semakin popular dalam kalangan peminat motosikal di Sabah | DagangNews Skip to main content

Triumph semakin popular dalam kalangan peminat motosikal di Sabah

Model Triumph Scrambler 1200 XE yang diguna di dalam filem terbaharu James Bond boleh anda miliki pada harga RM87,900 sebuah.
Oleh DOMINIC G. JOSEPH 

KOTA KINABALU 21 Feb - Sejarah motosikal Triumph di Sabah sudah melebihi 100 tahun apabila ia diperkenalkan di Borneo pada pertengahan abad ke- 20 oleh kakitangan kerajaan British di Borneo Utara.

 

Pengurus Triumph Motorcycles cawangan Sabah, Maizul Anuar berkata, walaupun pada masa itu pemilik motosikal ini adalah terhad tetapi ramai orang mengenali jenama ini.

 

Di Eropah dan Amerika Utara, 'Triumph' telah meraih profail yang tinggi dan popular dengan selebriti-selebriti terkenal, antaranya Elvis Presley, Bob Dylan, Clint Eastwood, Paul Newman dan Steve McQueen. 

 

Menurutnya, reputasi jenama Triumph di seluruh dunia telah membantu motosikal 'Triumph' menembusi pasaran tempatan.

 

Misalnya, Motosikal Triumph Tiger 900 dan Scrambler 1200 dipaparkan dalam filem James Bond ke-25,  'No Time To Die'. Manakala, Steve McQueen adalah peminat 1938 Triumph 5T Speed Twin 500

 

"Di Sabah, kebanyakan model kami boleh dipesan seperti Bonneville T120 Range, Street Cup, Street Scrambler, Street Twin, Thruxton R, Tiger 900, Scrambler 1200 dan lain-lain lagi. Harga pasaran bermula pada RM40,000 plus dan ke atas.


 

maizul
 Maizul Anuar bersama Triumph Scrambler 1200XE

 

 

''Pada ketika ini, ada juga senarai menunggu untuk beberapa model kami," kata Maizul kepada DagangNews.com di sini.

 

Sejak tahun 2013, pengedar sah jenama 'Triumph' di Malaysia, Fast Bikes Sdn. Bhd. telah menunjukkan prestasi pemasaran dan pengedaran yang positif.

 

Fast Bikes memberi tumpuan untuk mengembangkan jenama motosikal dari Britain itu di pasaran Malaysia. Maka pada tahun 2017 cawangan Sabah mula beroperasi.

 

Dalam perkembangan lain, Maizul berkata, pembabitan Triumph Motorcycles dalam pembangunan enjin untuk perlumbaan dunia dalam saingan Moto2 sejak  2019 juga telah memberi rangsangan kepada jenama itu berkembang di seluruh dunia.


 

triump

 

triump



"Pembabitan kami dalam Moto2 akan mengukuhkan Triumph selain membantu pengedar kami di seluruh dunia berkembang lebih maju." 



"Pembabitan Triumph Motorcycles dalam Moto2 di mana pengeluar motosikal terkemuka United Kingdom itu akan membangunkan enjin untuk semua pelumba."



Menurut syarikat yang berpangkalan Hinckley dan Leicestershire, England itu, telah membekalkan enjin lumba Moto2 kepada semua pelumba sejak Jun 2018. 

 

''Kejayaan jenama Triumph boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang lain, antaranya ialah penubuhan Riders Association of Triumph (RAT Pack) oleh pemilik motosikal Triumph.

 

''Pemilik boleh menyertai perbincangan tentang prestasi, perlumbaan, pelumba kafe, bobbers, menunggang, pengubahsuaian, penyelesaian masalah, penyelenggaraan dan banyak lagi," ujarnya.


 

triump
TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin juga meminati motosikal berprestasi tinggi, bersama Maizul Anuar.

 

triump

 

triump

 


"Satu lagi program yang mendapat perhatian seluruh dunia ialah 'The Distinguished Gentleman's Ride' yang telah meluas ke banyak negara, bandar dan pekan setiap tahun.

 

Pada tahun 2021, lebih 65,000 orang budiman yang terkenal telah menggunakan motosikal klasik dan vintaj mereka dan 'Rode Solo Together' di lebih 2,000 lokasi di seluruh dunia. DagangNews.com