KUALA LUMPUR 24 Ogos - Tune Protect Malaysia (Tune Protect) melancarkan perlindungan penyakit kritikal pertamanya, Critical Safe+, insurans kesihatan dalam talian dengan harga mampu milik, pilihan fleksibel dan pelbagai manfaat untuk mewujudkan kesedaran dan menarik golongan Milennial dan Zillennial.
Ia direka untuk membantu pelanggan menangani masalah kewangan selepas diagnosis penyakit kritikal sambil memberi tumpuan kepada pemulihan dengan ketenangan fikiran.
Tune Protect menyediakan komitmen 3:3:3 yang mana pelanggan boleh membeli dalam masa 3 minit, menerima jawapan dalam masa 3 jam dan mendapatkan bayaran tuntutan mereka dalam masa 3 hari bekerja.
Bersempena dengan pelancaran Critical Safe+, Tune Protect memberikan komitmen untuk membayar tambahan 1% daripada jumlah yang diinsuranskan jika pelanggan tidak menerima tuntutan dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh kelulusan.
Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Malaysia, Jubin Mehta berkata, keadaan ekonomi semasa Malaysia menyebabkan kelesuan kewangan bagi golongan bekerja.
Beliau berkata, peningkatan kos sara hidup dan perubatan tidak dicerminkan dalam taraf hidup, yang mana individu terdedah kepada masalah kesihatan dan penyakit.
"Peningkatan kos kemudahan penjagaan kesihatan dan gaya hidup bekerja yang mengutamakan hasil menunjukkan kekurangan penekanan terhadap kesihatan.
"Dengan Critical Safe+, pelanggan boleh menyesuaikan pelan insurans berdasarkan bajet mereka dan mendapatkan perlindungan kewangan yang diperlukan terhadap penyakit kritikal ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Critical Safe+ menyediakan tiga pilihan berbeza iaitu Top 2, Top 5, dan kesemua 39 penyakit kritikal dengan jumlah perlindungan insurans dari serendah RM30,000 sehingga RM200,000.
Pelanggan boleh memilih mana-mana daripada tiga pilihan ini berdasarkan keperluan perlindungan dan bajet mereka. Ketiga-tiga pilihan merangkumi Tahap Lanjutan penyakit kritikal dengan bayaran 100% selepas diagnosis.
Critical Safe+ tersedia dalam talian melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih Tune Protect, dan semua pembelian dalam talian layak untuk diskaun sebanyak 15%.
Pelanggan yang membeli Critical Safe+ juga akan menerima kredit RM50 dalam e-dompet mereka semasa kempen pelancaran khas yang akan berakhir pada 30 September 2022. - DagangNews.com