Uber tumpu 50% hantar makanan | DagangNews Skip to main content

Uber tumpu 50% hantar makanan

ub

SAN FRANCISCO 14 Julai – Syarikat e-hailing Uber mengubah model perniagaannya menjadi 50% mengangkut orang (ride-hailing) dan 50% lagi penghantaran makanan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dara Khosrowshahi (gambar) berkata, segmen penghantaran makanan Uber mencatat pertumbuhan pada kadar berganda.

Dara


``Secara jujurnya, saya sendiri tidak menyangka (segmen penghantaran makanan) ini boleh berjaya,’’ katanya dalam wawancara NDTV, baru-baru ini.

Pandemik COVID-19 telah menjejas teruk teras perniagaan e-hailing Uber, dengan perjalanan merudum sehingga 94% awal tahun ini, menyebabkan syarikat kerugian AS$2.9 bilion pada suku pertama 2020 dan memberhentikan lebih 14% tenaga kerjanya pada Mei lalu.

Khosrowshahi berkata, usaha Uber untuk mempelbagaikan perniagaan di luar `ride-hailing’ akan berterusan di dalam jangka masa terdekat ini.

``Jadi kami menambah pertumbuhan organik dengan pengambalihan juga dan saya rasa kami mengukuhkan kedudukan peneraju sebenar di dalam apa yang akan menjadi sebuah pasar yang sangat, sangat besar dalam melangkah ke hadapan,’’ ujanya.

Minggu lalu, Uber mengumumkan rancangannya untuk membeli aplikasi pesanan makanan, Postmates pada harga AS$2.65 bilion di dalam transaksi saham sahaja, yang berpotensi melonjakkan penguasaannya di dalam pasaran penghantaran di Amerika Syarikat.

post
Uber membeli keseluruhan syarikat penghantaran makanan Postmates
baru-baru ini pada harga AS$2.65 bilion.


Sebelum itu, rundingan pengambilalihan serupa dengan syarikat Grubhub gagal mencapai persetujuan.

Segmen penghantaran makanan sebelum COVID-19 dianggap sebagai tidak menguntungkan, baik kepada penyedia khidmat penghantaran dan juga restoran.

Perniagaan Uber yang berkaitan segmen tersebut, Uber Eats menyaksikan peningkatan 52% pada suku tahunan yang lepas, tetapi segmen itu masih mencatat kerugian AS$313 juta. – DagangNews.com