Ucrest meterai perjanjian bagi menerajui pelaburan Docsun Biomed | DagangNews Skip to main content

Ucrest meterai perjanjian bagi menerajui pelaburan Docsun Biomed

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

KUALA LUMPUR 12 Okt - Ucrest Bhd. telah memeterai perjanjian untuk melabur dan menerajui pelaburan Docsun Biomed Ltd, penyedia teknologi perubatan melibatkan perisian petunjuk utama penting tidak invasif sebagai peranti perubatan.

 

Menurutnya, Docsun mempunyai satu teknologi peneraju perubatan Amerika Syarikat (AS) selain sebuah anak syarikat di Taiwan serta India.

 

Katanya, di bawah Perjanjian Pengedaran Eksklusif (EDA) yang ditandatangani dengan Docsun, kumpulan melantik Docsun sebagai pengedar eksklusif produk bersepadu iMedicDocsum untuk pasaran AS.

 

"Docsun juga telah memberi komitmen untuk menyumbang kira-kira AS$10 juta (RM46 juta) atau lebih hasil dalam tempoh tiga tahun," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Secara dasarnya, Docsun ialah penyedia teknologi perubatan terkemuka bagi perisian tanda vital bukan sentuhan, tidak invasif, tidak mengganggu sebagai peranti perubatan.

 

Menerusi perjanjian itu, Docsun akan bertindak menjual produk bersepadu itu sebagai jenama iMedic di AS.

 

Ucrest berkata, syarikat itu memberi hak eksklusif untuk pengedar bagi pengkomersialan, pemasaran dan menjual produk bersepadu serta perkhidmatannya di negara tersebut.

 

"Produk bersepadu iMedic-Docsun ialah platform yang sempurna untuk pengurusan penyakit kronik dan khidmat nasihat penyakit akut yang mudah dan ia mempunyai potensi terbesar dalam melancarkan produk bersepadu di pasaran AS," tambahnya.

 

Kumpulan menjangkakan perjanjian itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham dan aset bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2023. - DagangNews.com