UEM Edgenta terima kontrak bernilai sehingga RM963.5 juta sediakan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura | DagangNews Skip to main content

UEM Edgenta terima kontrak bernilai sehingga RM963.5 juta sediakan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura

Foto ihsan Sengkang General Hospital
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 April - UEM Edgenta Bhd menerusi UEMS Solutions Pte Ltd menerima kontrak kontrak antara RM934.5 juta hingga RM963.5 juta bagi menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelbagai hospital di Singapura.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, nilai kontrak itu masih belum dimuktamadkan kerana ia bergantung kepada jumlah tenaga kerja yang diperlukan.

 

"Kontrak itu adalah bagi tempoh lima tahun bermula 1 April 2024," katanya.

 

Kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham kumpulan dan ia tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham yang diterbitkan dan berbayar atau ke atas pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

 

Faktor risiko yang berkaitan dengan kontrak adalah berkaitan operasi termasuk perubahan dalam keadaan politik, ekonomi dan peraturan.

 

"UEMS mempunyai pengalaman yang luas dan rekod prestasi yang kukuh untuk menjalankan perkhidmatan sokongan hospital," katanya. - DagangNews.com