UEM Sunrise sasar jualan RM1.5 bilion bagi FY22 selepas berjaya lepasi sasaran FY21 | DagangNews Skip to main content

UEM Sunrise sasar jualan RM1.5 bilion bagi FY22 selepas berjaya lepasi sasaran FY21

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Feb - UEM Sunrise Berhad menyasarkan jualan baharu sebanyak RM1.5 bilion bagi FY22 selepas kejayaan melepasi sasaran jualan RM1.4 bilion yang ditetapkan pada FY21.

 

MIDF Research berkata, kumpulan itu berjaya nerekodkan jualan baharu sebanyak RM543 juta pada 4QFY21 menjadikan jumlah jualan keseluruhan sebanyak RM1.46 bilion mengatasi rekod 1.1 bilion pada FY20.

 

"Momentum jualan baharu itu dipacu oleh projek di wilayah tengah termasuk Residensi AVA, Residensi Allevia dan Serene Height Bangi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kerugian bersih kumpulan itu bagi FY21 yang berakhir pada 31 Disember 2021 menyusut kepada RM214.33 juta berbanding RM277.28 juta pada FY20.

 

Pemaju hartanah itu mengaitkan prestasi kewangan itu dengan peruntukan rosot nilai bagi inventorinya termasuk aset dan hartanahnya yang berjumlah RM88 juta.

 

Pendapatan kumpulan itu juga bertambah daripada RM1.21 bilion kepada RM1.14 bilion pada FY20 akibat kemajuan pembangunan daripada Residensi Solaris Parq in Dutamas; Aspira ParkHomes di Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri; Serene Heights in Bangi dan Kiara Kasih di Mont’ Kiara.

 

Fima penyelidikan itu berkata, pendapatan kumpulan itu dibayangi oleh perbelanjaan yang tinggi yang menyebabkan mereka mencatatkan kerugian terkumpul sebanyak RM115.5 juta berbanding RM183.5 juta pada FY20.

 

"Kerugian bersih terus berlaku pada FY21 akibat kos jualan yang tinggi dan kos pinjaman yang tinggi.

 

"Margin jualan yang tidak sempat direkodkan meningkat kepada RM2.4 bilion pada 4QFY21 berbanding RM2.2 bilion pada 3QFY21," katanya. 

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'neutral' terhadap saham-saham UEM Sunrise pada harga sasaran RM0.36 berbanding RM0.38. - DagangNews.com