Untung bersih 3QFY24 Scientex berjumlah RM130.5 juta, meningkat 18.9% | DagangNews Skip to main content

Untung bersih 3QFY24 Scientex berjumlah RM130.5 juta, meningkat 18.9%

Kadar tepahan projek baharu divisyen hartanah Scientex sumbang peningkatan pendapatan pada 3QFY24 kumpulan itu.
Oleh M. HERMAN HAMID


KUALA LUMPUR 21 Jun - Scientex mencatatkan untung bersih sebanyak RM130.5 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024 (3QFY24), meningkat 18.9% berbanding setahun sebelumnya.

 

Pendapatan bagi suku tahun kewangan berakhir 30 April 2024 itu juga menyaksikan kenaikan 11.1% kepada RM1.11 bilion daripada RM997.11 bilion pada 3QFY23.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, Scientex berkata, pendapatan segmen pembungkusan berjumlah RM656.9 juta daripada RM635.4 juta yang direkodkan setahun sebelumnya. 

 

Katanya, peningkatan perolehan disumbangkan aripada produk pembungkusan industri dan pengguna didorong oleh pasaran eksport.

 

"Pendapatan hartanah pula berjumlah RM451.1 juta, mencerminkan peningkatan 24.7% berbanding RM361.7 juta yang direkodkan setahun lalu.

 

"Pendapatan yang lebih tinggi disumbangkan daripada kemajuan kukuh dalam pembinaan projek-projek pembangunan.

 

"Kadar tempahan yang tinggi untuk projek yang baru dilancarkan di Sungai Dua, Jenjarom an Jasin juga menyumbang kepada kenaikan pendapatan," jelasnya.

 

Mengenai prospek 2024, Scientex berkata, divisyen hartanahnya memfokuskan untuk memperluaskan operasi ke tujuh buah negeri di Semenanjung yang menumpukan kepada kediaman mampu milik.

 

"Dengan fokus tersebut, bahagian hartanah dalam kedudukan terbaik untuk menyiapkan 50,000 rumah mampu milik menjelang 028," ujarnya. - DagangNews.com