UOA, CapitaLand jalin usaha sama bangunkan projek kediaman AS$247.1 juta di Vietnam | DagangNews Skip to main content

UOA, CapitaLand jalin usaha sama bangunkan projek kediaman AS$247.1 juta di Vietnam

KUALA LUMPUR 11 Dis - United Overseas Australia (UOA) berpangkalan di Malaysia menerusi unitnya, UOA Vietnam BDC memeterai perjanjian usaha sama dengan CapitaLand (Vietnam) Holdings bagi membangunkan projek hartanah bernilai AS$247.1 juta (RM1.16 bilion).

 

Di bawah perjanjian itu, UOA Vietnam BDC akan menguasai 30% kepentingan dalam syarikat usaha sama berkenaan, manakala CapitaLand memegang baki 70% lagi.

 

Bahagian kepentingan UOA Vietnam BDC bernilai AS$74.13 juta (RM345.7 juta, kata UOA dalam satu kenyataan, lapor Reuters.

 

Projek yang dicadangkan itu terdiri daripada pembinaan empat menara tinggi merangkumi kediaman, ruang komersial dan runcit, satu menara sederhana tinggi kawasan kediaman dan runcit serta dua menara kediaman bertingkat rendah, katanya.

 

CapitaLand (Vietnam) adalah sebahagian daripada CapitaLand, beribu pejabat di Singapura yang menjadi antara kumpulan hartanah dengan kepelbagaian perniagaan terbesar di Asia, menurut laman webnya. - DagangNews.com